• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    TAHNIAH HAFIDZ ROSHDI KINI BERGELAR BAPA


    PELAKON Hafidz Roshdi kini bergelar bapa selepas menyambut kelahiran anak sulungnya semalam.

    Hafidz menyampaikan berita gembira ini menerusi laman Instagram miliknya, @hafidz.roshdi.

    Isteri Hafidz, Nurul Shuhada Mat Shukri selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 11.30 pagi Sabtu di sebuah pusat perubatan di Klang.
    Bayi seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Klang.

    "Alhamdulillah, ibu dan anak kedua-duanya sihat. Saya rasa sangat terharu dan tidak menyangka sudah menyandang gelaran bapa di usia yang masih muda.

    "Saya terima anugerah ini sebagai rezeki dan tanggungjawab daripada Allah untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Buat sementara ini, saya belum bersedia untuk berkongsi nama anak tetapi berjanji akan mengumumkannya kelak," katanya.

    Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 di kediaman isterinya yang terletak di Perlis.

    Dalam perkembangan terbaru, Hafidz kini sedang giat menjalani penggambaran drama bersiri Red Velvet bersama Neelofa, Alif Satar, Amira Othman dan ramai lagi.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan