• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    JULIA ZIEGLER KURUS KERING??


    Bukan saja pernah melakonkan pelbagai watak, dia juga sudah puas mengecapi populariti sepanjang hampir sedekad berkecimpung di persada hiburan

    Bagi pelakon berdarah kacukan, Julia Ziegler, 31, dia tidak cemburu melihat kehadiran ramai bakat baru yang mewarnai bidang seni ketika ini.

    Malah, dia juga melihat kehadiran ramai bakat baru dari sudut yang positif, sekali gus barisan pelapis dalam bidang hiburan tempatan.

    “Saya percaya dengan putaran roda hidup. Hari ini kita berada di atas, esok atau lusa mungkin kita berada di bawah pula.

    “Begitu juga dalam bidang seni. Mungkin hari ini kita popular tapi bila artis baru yang lebih berbakat muncul tempat itu akan diambil alih mereka pula,” katanya.

    Justeru, kata pemilik nama sebenar Julia Bob Fauzi Ziegler ini, dia juga sudah bersedia jika dirinya sudah tidak popular.

    “Sebab itu, saya tidak kisah ditawarkan watak pembantu dalam drama atau filem ketika ini.

    “Walaupun bukan watak heroin tetapi penerbit dan pengarah masih beri kepercayaan kepada saya sampai sekarang,” katanya.

    Ditanya dirinya yang kurang publisiti pula, kata Julia yang sinonim dengan karakter gila-gila dan antagonis, dia masih aktif berlakon.

    “Saya sering dikaitkan dengan kontroversi dan orang juga mengata saya macam-macam sebelum ini.

    “Sebab itu saya sudah masak dengan asam garam dalam bidang seni.

    “Lebih baik saya berdiam diri jika tidak ada cerita menarik untuk dikongsi dan fokus pada karier seni yang sudah sebati sejak dulu,” katanya.

    Terbaru, Julia bawa watak pembantu dalam drama bersiri Dia Isteri Luar Biasa yang ditayangkan di TV3 ketika ini.

    Drama lain lakonannya ialah Cinta Egois, Pesona Sukma dan telefilem Lilinkah Aku untuk TV9.

    Tidak ketinggalan, dia juga berlakon dalam drama bersiri Keluarga Pontimau bergandingan dengan Keith Foo dan Marsha Londoh terbitan Filmscape untuk TV3.

    Manakala, filem lakonannya sebelum ini ialah Psiko arahan Namron dan genre komedi, Man Sewel Datang KL.


    Nafi ambil bahan terlarang untuk kurus

    Gara-gara tubuhnya yang kurus dan langsing secara mendadak, ada pihak yang mendakwa Julia mengambil bahan terlarang untuk mendapatkan bentuk badan idaman.

    Namun, Julia tidak cepat melatah dan tenang menafikan perkara itu.

    “Sebenarnya, saya kurus bukan kerana mengambil dadah dan sebagainya sebaliknya saya mengambil sejenis produk kuruskan badan.

    “Berat badan saya turun dari 65 kilogram kepada 55 kilogram dalam tempoh dua bulan.

    “Selain itu, saya juga mengamalkan cara hidup sihat dengan kerap bersenam serta menjaga pemakanan,” katanya.

    Julia berkata, dia juga mula menitik beratkan soal penjagaan kesihatan sejak rakannya sendiri mendapat penyakit berbahaya.

    “Kawan saya baru berusia 34 tahun tapi sudah mengalami masalah jantung. Sejak itu, saya mula tersedar penyakit berbahaya boleh menyerang sesiapa saja dan bukan hanya pada golongan yang sudah berusia,” katanya.


    1 ulasan:

    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      BalasPadam