• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    MENGAPA DAN KENAPA MARIA FARIDA SERIK DENGAN PERANGAI LELAKI


    MARIA FARIDA serik dan bosan dengan perangai segelintir lelaki yang memberi harapan palsu kepadanya membuatkan Maria Farida enggan memikirkan perihal pengganti yang sesuai untuk berkahwin kali kedua.


    Maria memberitahu, dia juga lebih suka menghabiskan masa bersama-sama anak tunggal, Mizan Ashley, 18, berbanding mencari calon suami yang paling ideal untuk mengisi hati kosongnya itu.

    Mengakui seorang yang cerewet dan mudah tawar hati untuk memulakan hubungan baharu, kata Maria, itu juga antara faktor yang menyebabkan dia lebih gemar hidup solo.

    Kali terakhir saya bercinta kira-kira tiga tahun lalu. Saya berkawan dengan seorang lelaki. Memang pada waktu itu, saya akui ada keinginan untuk berkahwin lagi.

    “Bagaimanapun impian untuk bersama tidak kesampaian. Ada gangguan di hujung perkenalan kami yang menyebabkan saya kecewa dan bertindak mengakhiri hubungan berkenaan,” katanya.

    Berkongsi cerita, kata Maria, dia sangat mementingkan hubungan yang tulus sebagai syarat utama dengan lelaki yang ingin mendampinginya.

    Ini kerana Maria berkata, dia kerap berdepan dengan situasi berkenalan dengan lelaki yang mempunyai maksud tersirat sebelum ini. Perkara itu yang membuatkan dia lebih berhati-hati kerana bimbang terluka lagi.

    Awal-awal lagi saya akan mengelak daripada berkawan dengan lelaki yang sudah berkahwin kerana tidak mahu merosakkan rumah tangga orang.Seperkara lagi, saya tidak mahu menjadikan diri saya seperti trofi apabila keluar dengan lelaki.

    “Sebab sebelum ini ada beberapa lelaki yang memperlakukan saya sebegitu,” ujarnya tentang pengalamannya menerima pelawaan untuk keluar dengan lelaki sebelum ini.

    Alasan
    ISU perkahwinan juga menarik minat anak teruna Maria yang turut bertanyakan perkara yang sama tahun lalu.

    Mengakui terperanjat dengan pertanyaan tersebut bagaimanapun kata Maria, dia tidak memberikan sebarang reaksi berhubung perkara itu.

    Cuma saya beritahu kepadanya yang saya belum berjumpa dengan lelaki yang sesuai. Saya tahu dia faham. Cuma sebagai anak, dia mesti nak tahu alasan kenapa saya tidak berkahwin lagi.

    Mungkin dia tidak mahu melihat saya keseorangan. Maklumlah dia sudah menyambung belajar di kolej.

    “Banyak masanya dihabiskan di luar rumah bersama-sama kawan sebaya berbanding saya,” ujarnya yang baru habis menjalani penggambaran filem Anak Mami Nasi Kandar.

    Mengakui tidak pernah mengenali istilah sepi kata Maria, dia sentiasa memastikan masanya diisi dengan aktiviti bermanfaat jika tidak terlibat dengan jadual penggambaran.

    Selain itu, Maria menambah, dia juga akan menghabiskan masa dengan kawan-kawan rapat andai ada kelapangan masa atau di hujung minggu.

    Pun begitu, kata Maria, dia kini dalam tempoh bersedih kerana bapanya, Isabelo Atienza meninggal dunia akibat strok pada 27 April lalu.

    Saya mendapat tahu keadaan bapa saya ketika sibuk di lokasi penggambaran telefilem Yang Mana Satu.

    Selepas tamat penggambaran telefilem itu, saya terus ‘terbang’ ke Manila (Filipina) untuk melawatnya di sebuah hospital di sana.

    “Saya hanya sempat menjaga bapa selama tiga hari sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Itu yang menyebabkan saya sedikit ralat,” ujarnya lagi.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan