• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    SESI FOTOGRAFI MAJLIS AKIKAH ANAK SULUNG ALIFF AZIZ DAN BELLA ASTILLAH


    PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah mengadakan sebuah majlis akikah dan kesyukuran untuk bayi sulung mereka, Ayden Adrean semalam.

    Dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat, Ayden bersama Aliff dan Bella kelihatan segak mengenakan busana sedondon rona putih dan 'baby blue'.

    Foto-foto menarik sekitar majlis tersebut dimuat naik oleh Aliff menerusi kemas kini laman Instagram miliknya, @aliffaziz91.

    Rata-rata pengikut laman Instagram Aliff memuji kecomelan yang dimiliki oleh Ayden. Netizen juga mendoakan agar rumah tangga yang dibina oleh Aliff bersama Bella sentiasa bahagia dan dirahmati Allah.


    Ayden atau nama sebenarnya, Mohamad Ayden Adrean Mohamad Aliff dilahirkan pada 8 Julai, pada pukul 3.46 petang dengan berat 2.96kg.




    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan