• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    JENAMA MAK CUN TERBANG KE NEW YORK?


    TIDAK hanya cemerlang di sebalik tabir, Pengarah dan Penerbit, Erma Fatima juga tampil hebat sebagai pereka fesyen.

    Pun begitu, selebriti berusia 49 tahun ini enggan dikenali sebagai pereka fesyen sebaliknya melakukannya atas dasar minat semata-mata yang juga mejadi hobi barunya.

    “Saya baru ‘jumpa’ hobi baru ini, dua tahun lalu tapi bidang seni tetap jadi keutamaan,” katanya kepada Media Hiburan.

    Terbaru, Erma menerusi jenama Mak Cun bakal terbabit dalam program Malaysia Fashion & Business Mission to New York pada 8 September depan.

    Mengakui teruja, Erma merupakan di antara 35 usahawan yang ditawarkan oleh Persatuan Wanita Bumiputera dalam Perniagaan dan Profesyen (Peniagawati).

    Menerusi Peniagawati, pemilik nama sebenar, Fatimah Rahmad ini akan bersama dua lagi pereka fesyen iaitu Sara J dan Eja Shahril bakal beraksi di pentas peragaan di New York.

    “Ini adalah peluang sekali seumur hidup dan ini juga salah satu platform mengangkat jenama Mak Cun ke pentas antarabangsa," ujarnya

    Katanya, secara tidak langsung ia juga menjadi platform untuk pereka Malaysia yang lain memasuki pentas fesyen New York

    “Yang penting, saya dapat peluang perniagaan untuk membawa jenama Mak Cun ke serata dunia. Bukan saja fesyen tapi juga produk Mak Cun terutamanya nasi beras perang,” katanya.

    Bakal memperagakan 12 koleksi jenama Mak Cun, Erma bertuah kerana dibantu dua pereka fesyen yang juga adik angkatnya, Asyraf Zainal dan Amad.

    “Mereka bantu saya mencari kain selain berkongsi idea untuk koleksi baju yang akan dibawa ke pentas New York,” katanya.

    Tambahnya, misi membawa jenama Mak Cun ke pentas antarabangsa tetap diteruskan walaupun ada segelintir masyarakat yang menganggap ia bersifat kekampungan.

    “Siapalah yang nak pandang Mak Cun di sini. Bukankah itu pemikiran orang Malaysia? Tapi, bila dah pergi luar negara barulah nak dipandang. Di sini, orang pandang jenama ini sebagai kampung.

    Justeru, Erma mahu menaiktaraf jenama ini seperti cogan kata Mak Cun, From Rural To Global

    Sebelum ini, pengarah filem Embun ini mencipta nama di pentas Torino Fashion Week 2017 di Itali, pada bulan lalu.

    Bahkan, katanya, jenama Mak Cun turut menerima tawaran untuk memperagakan koleksi di Beverly Hills, California pada Disember depan.

    Pada masa sama, Erma juga bakal menjalani penggambaran drama bersiri, Mak Cun 4 di samping adiknya,  Datin Paduka Umie Aida di New York.

    “Dah alang-alang ada di sana, baik buat saja sekali shooting,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan