• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    RAYA TAHUN INI PENUH MAKNA BUAT LEEZ DAN AEPUL


    Bahagia bergelar ibu, pelakon dan penyanyi Leez Rosli akui kini segala yang dilakukan lebih kepada anaknya yang dilahirkan pada April lalu.

    Nur Saffiya Alisha yang kini berusia dua bulan menjadi pelengkap dalam hidup Leez dan suami, Aepul Roza yang juga penyanyi kumpulan Drama Band.

    Walaupun pada awalnya hidup mereka kadang-kadang kalut kerana menguruskan bayi, nyata Leez yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat ini bahagia melayan kerenah si kecil.

    Malah, banyak keperluan dibeli untuk Nur Saffiya hingga keperluan sendiri terlupa.

    “Pertama kali bergelar ibu pastinya saya bahagia dan gembira. Tapi, biasalah melayan ragam anak kecil pada awal agak mencabar juga.

    “Lama kelamaan saya sudah biasa dan sudah tahu bagaimana hendak melayan kerenahnya apabila meragam. Anak saya pula jenis selalu berjaga malam. Mujur suami selalu berjaga malam dan dialah yang akan melayan Nur Saffiya,” katanya.

    Menjadikan ruangan kelab ibu hamil di laman sosial untuk berkongsi pandangan dalam hal menguruskan anak, Leez berkata, mana perkara yang baik dan perlu akan dipraktikkannya.

    “Sebagai wanita yang baru bergelar ibu, masih banyak perkara yang perlu saya pelajari. Selain mendengar pandangan daripada orang tua, saya juga menyertai ruangan di laman sosial berkenaan bagi berkongsi pengalaman dan pendapat dengan ibu bapa lain.

    “Sedikit sebanyak apa yang dikongsi membantu juga dalam hal saya menguruskan Nur Safiyya,” katanya.

    Belum bersedia ke lokasi penggambaran, Leez berkata, dia sedia untuk berlakon apabila usia anaknya mencecah enam bulan.

    “Buat masa sekarang saya beri tumpuan untuk membesarkan anak dulu. Dia masih terlalu kecil dan menyusu badan, jadi tidak sampai hati pula hendak tinggalkannya.

    “Bagaimanapun, suami tidak menghalang dan terpulang kepada saya bila-bila masa hendak kembali berlakon. Insya-Allah jika watak itu bersesuaian dan lokasinya tidak jauh mungkin saya akan pertimbangkan,” katanya.

    Bakal menyambut Aidilfitri di Kuala Lipis, Pahang bersama keluarga mentua, Leez berkata, dia banyak membeli kelengkapan anak berbanding diri sendiri.

    “Kami terlalu teruja sehinggakan banyak barang-barang keperluan hari raya dibeli untuk anak. Untuk kami berdua cukuplah yang mana ada saja.

    “Walaupun sudah membeli kelengkapan raya untuk Nur Saffiya mungkin kami akan membelinya lagi nanti,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan