Anugerah Bintang Popular BH ke-29 (ABPBH29) menyaksikan pelakon dan pengacara Neelofa dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular.
Meraih 212,829 undian peminat, bintang jelita ini mengakui tidak pernah menyangka meraih anugerah tertinggi pada acara penuh gemilang itu.
“Saya tidak pernah meletakkan harapan tinggi setiap kali dicalonkan. Pun begitu, saya bersyukur kerana anugerah Bintang Paling Popular yang saya terima pada malam ini membuktikan sokongan peminat sentiasa konsisten sejak awal kemunculan saya dalam industri,” katanya.
Bercerita mengenai kembara seninya, menurut Neelofa, pengalaman selama enam tahun mendidiknya menjadi artis yang matang dan cekal dalam menempuh apa juga cabaran.
“Ketika baru bertapak dalam industri, saya masih ingat ada rakan artis senior berpesan sekiranya saya dapat melepasi tempoh lima tahun dalam kerjaya seni maka semuanya akan berjalan lancar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan