• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    JOHNNY DEPP LEPAS GERAM PADA ISTERI


    Aktor terkenal, Johnny Depp kelmarin diperintah menjauhkan diri dari isterinya, Amber Heard yang hadir ke mahkamah dengan mata lebam dan mendakwa dipukul lelaki itu.

    Amber yang memfailkan perceraian pada awal minggu ini turut mendakwa sering dipukul Depp, 52, yang popular dengan filem Pirates of the Caribbean.

    Dia turut menyerahkan gambar kepada mahkamah menunjukkan lebam di wajahnya selepas bergaduh dengan Depp pada 21 Mei lalu.

    Kecederaan itu dipercayai berlaku apabila Depp membaling telefon iPhone miliknya ke muka Amber. Sehari selepas itu, Amber telah memfailkan perceraian mereka.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan