“Maaf, saya belum bersedia memberikan apa-apa komen. Terima kasih.”
Demikian kata pelakon terkenal Fasha Sandha, 31, mengenai dakwaan rumah tangganya dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli atau Jejai goyah seperti yang tersebar di Internet hari ini.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan ketika dihubungi sebentar tadi enggan mengulas mengenai perkara itu dengan media dan lebih selesa untuk mendiamkan diri.
Dakwaan kononnya rumah tangga pasangan itu berantakan mencuri tumpuan umum apabila Fasha dikatakan dilihat mengunjungi sebuah pejabat agama Islam, di sini, baru-baru ini.
Dua hari lalu, Fasha turut memuat naik status berbunyi, "Allah Maha Besar, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, semoga Allah memberikan kekuatan yang sepenuhnya buat saya dan anak-anak untuk mengharungi segala-galanya. Amin!" di Instagram, sekali gus menguatkan spekulasi bahawa perkahwinannya kini mengalami masalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan