• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    REEN AKUI BELUM CUKUP GLAMOUR?


    Kembara seni Reen Rahim bermula pada 2011 selepas menjuarai program Pilih Kasih 3. Sejak itu kelibatnya dapat disaksikan menerusi pelbagai drama di kaca televisyen.

    Bagaimanapun, kehadiran pemilik nama sebenar Noreen Ashikin Abdul Rahim ini seakan-akan belum diterima sepenuhnya oleh peminat. Entah di mana silapnya, pelakon berusia 27 tahun ini buntu memikirkan cara terbaik untuk lebih dikenali.

    Terfikir adakah ia disebabkan tidak dikaitkan dengan kontroversi membuatkan dia tenggelam berbanding wajah baru yang pantas meraih tumpuan masyarakat?

    Bagi Reen, dia sudah melakukan yang terbaik dalam memantapkan kariernya. Mana mungkin dia sanggup menjaja cerita murahan semata-mata mahu dikenali.

    “Walaupun tidak sepopular pelakon lain, ada peningkatan dalam karier saya. Boleh dikatakan makin ramai menghargai lakonan saya. Setiap kali terserempak dengan peminat, mereka akan menyapa saya dengan nama watak dalam drama.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan