• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    JIHAN MUSE SOMBONG?


    Rasanya isu yang dikaitkan dengan pengacara dan pelawak wanita popular, Jihan Muse bukan baru. Sebelum ini pun sudah ada cakap-cakap belakang yang mendakwa sejak popular, Jihan sudah berubah dan tidak mesra seperti dulu.

    Mereka yang bercakap mengenai sikap Jihan pun datang dari banyak sumber termasuk rakan media dan peminat. Kata mereka, isu itu menjadi faktor utama mengapa dia tewas untuk kategori Pelakon Komedi Wanita Popular di majlis Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH2014) yang berlangsung April lalu.

    Kalau tak silap, pihak pengurusan Jihan sudah memberi kenyataan mengenai perkara terbabit dengan menjelaskan bukan Jihan sombong sebaliknya ada ketika peminat atau orang keliling bertemu dengannya dalam situasi dia sibuk bekerja dan kepenatan.

    Malah permintaan pihak media untuk mengadakan sesi fotografi khas dengannya juga sukar dilayan disebabkan tawaran kerja diterima Jihan silih berganti.

    Ingatkan selepas penjelasan itu semua pihak sudah okey tetapi rupa-rupanya masih ada lagi. Terbaru, orang yang mengadu adalah dalam kalangan rakan yang rapat dengan Jihan sendiri.

    Kata seorang teman ini, dia tidak tahu mengapa Jihan kalau bertemu dengannya sudah tidak mesra seperti dulu. Bercakap pun macam acuh tak acuh.

    Kalau dulu terserempak mesti mereka bagai nak ‘gila’ berborak, gelak ketawa sampai nak roboh tempat pertemuan tapi sekarang apabila berjumpa, cakap sepatah dua buat syarat dan terus mahu beredar.

    Mendengar penjelasan teman ini, sudah dijangka kesibukan Jihan masih menjadi punca sehingga membataskannya untuk bermesra dengan rakan seperti sebelum ini.

    Kalau hendak dikatakan dia tidak mesra atau lupa kawan, dilihat setiap kali rakan artis berkahwin pasti Jihan setia menjadi dayang pengantin perempuan.

    Dalam kesibukan kerja yang tidak berhenti, Jihan sanggup meluangkan masa menceriakan majlis pernikahan dan perkahwinan rakan artis termasuk Nad Zainal yang berlangsung kelmarin.

    Cuma yang nak ditanya pada Jihan, asyik jadi dayang orang lain bila pula nak jadi raja sehari. Kata rancang bernikah awal 2016, tapi sekarang senyap saja. Apa cerita?

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan