• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    ISTIMEWANYA NUR AURORA BUAT FARID KAMIL


    Pelakon filem Langit Cinta, Farid Kamil kekok mengasuh anak perempuannya, Nur Aurora yang kini berusia sebulan.

    Menurut Farid, Aurora memberikan satu pengalaman yang berbeza kepadanya sebagai seorang bapa.

    “Kehadiran Aurora memberi satu dimensi yang berlainan kepada saya. Jika sebelum ini saya biasa menjaga dan mengasuh anak lelaki saya iaitu Muhammad, kini saya juga harus menjaga anak perempuan pula. Ianya satu pengalaman baru bagi saya.

    “Terus terang saya katakan, sebagai seorang bapa yang baru sahaja menerima kelahiran bayi perempuan, saya kekok mengendalikan Aurora. Ini kerana Aurora masih kecil dan dia sangat fragile. Isteri saya, Diana Danielle banyak menjaga Aurora,” kata Farid.

    Farid juga meluahkan perasaan gembiranya apabila melihat anaknya yang dilahirkan pada 19 November lalu membesar dengan baik.

    “Aurora membesar dengan sangat pantas. Walaupun baru berusia sebulan, Aurora sudah tidak muat untuk memakai baju bayi berusia tiga bulan. Alhamdulillah, perkembangan itu sangat positif dan saya gembira melihat anak-anak saya membesar di depan mata,” kata Farid.

    Dalam pada itu, Farid dan Diana telah menghasilkan akaun Instagram untuk Aurora, @nur_aurora7. Sebelum ini, Farid dan Diana juga pernah menghasilkan akaun Instagram untuk anak sulung mereka, Muhammad (@chemad7).

    “Saya berpendapat yang akaun Instagram menjadi satu aplikasi yang mudah untuk mendokumentasikan setiap aktiviti dan perkembangan seseorang. Untuk Aurora, saya jadikan Instagram sebagai album bergambar untuk dilihatnya kelak, sama seperti Muhammad,” kata Farid mengakhiri bicara.

    Dalam perkembangan lain, Farid bakal muncul dengan filem terbaru arahan Osman Ali berjudul Langit Cinta yang ditayangkan di pawagam bermula 7 Januari 2016.

    Memegang watak jejaka kampung bernama Budiman, filem terbitan Astro Shaw ini turut dibintangi oleh Keith Foo, Nur Fazura, Siti Saleha dan Ammar Alfian.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan