Sebentar tadi, menerusi aplikasi WhatsApp, berita gembira daripada pelakon, Raja Farah. Katanya, dia bakal melangsungkan perkahwinan pada 6 September akan datang.
Menerusi mesej yang dihantar oleh pelakon itu, majlis akad nikah akan berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. Walaubagaimanapun, dia masih lagi merahsiakan nama bakal suami yang kini bergelar tunangannya.
Kepada Farah, kami sentiasa mendoakan kesejahteraan anda dan semoga segala persiapan untuk hari bahagia berjalan dengan lancar. Berikut kami kongsikan beberapa gambar yang dimuat naik oleh Raja Farah yang menghitung hari di Instagramnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan