• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    JULIANA EVANS TAKUT TAK LAKU.


    Selepas dua tahun berada di perantauan menyambung pengajian, kini pelakon Juliana Evans kembali ke tanah air bagi meneruskan kerjaya seninya, namun dia bimbang dan gementar jika kehadirannya kurang mendapat sambutan.

    Bak kata peribahasa, ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Sejurus berada di tanah air pada November tahun lalu, gadis kacukan Melayu dan Inggeris ini tidak putus-putus menerima pelbagai tawaran berlakon dan menghadiri majlis pelancaran produk.

    Terkejut dan teruja dengan keadaan yang berlaku, anak bongsu daripada tiga beradik itu bersyukur kerana kehadirannya masih diterima ramai.

    Saya membuat keputusan drastik ketika hendak pulang ke tanah air. Tidak sangka perancangan pada saat akhir memberi banyak hikmah buat kehidupan dan karier seni saya sekarang ini.

    “Sekembali ke Malaysia, aktiviti seni saya bermula begitu pantas, banyak juga tawaran berlakon yang saya terima selain sibuk menghadiri pelbagai majlis bagi bertemu teman artis yang lama tidak bersua,” katanya

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan