• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    EZAD LAZIM TERUS TABAH BERSAMA ISTERI SAMBUT AIDILFITRI


    Semua yang berlaku diterima dengan tabah dan positif oleh Ezad Lazim. Berita isterinya, Nor Azeana Ramli atau Zeana disahkan menghidap kanser Gastrointestinal Stromal Tumor (GIST) langsung tidak mematahkan ‘mood’ beraya mereka.


    Mereka bersama anak kesayangan, Puteri Rania Keisha yang kini berusia 19 bulan, tetap pulang ke kampung halaman di Kedah untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

    Kami bercuti selama seminggu. Tahun lalu kami beraya di kampung Zeana di Kulim. Kali ini giliran bersama keluarga saya pula di Mergong, Alor Setar.

    Apapun ia bukanlah masalah besar kerana jarak kampung kami bukanlah jauh sangat. Bila-bila masa kami boleh berulang-alik.

    “Persiapan raya pun dibuat ala kadar kerana kami tak nak membazir. Lagipun fokus kami hanya pada Rania serta kesihatan Zeana yang kini sedang mengandung enam bulan. Dia pun nampak sihat tanpa apa-apa masalah,” katanya yang bakal menimang anak lelaki.

    Ezad berkata, mereka juga gembira kerana pada Ramadan lalu berjaya menjual jubah dan baju Melayu di bawah jenama Rania Keisha by Ezad Zeana.

    Alhamdulillah inilah rezeki kerana perancangan dibuat pada saat akhir. Itu pun kerana Zeana diberi cuti sakit dan bagi mengisi masa, dia cuba untuk berniaga. Tahun depan kami nak berniaga lagi dengan serius.

    “Sepanjang Ramadan lalu, saya tak menang tangan dengan undangan nyanyian serta mengadakan program amal bersama anak yatim. Itu dah cukup kerana saya nak juga mengimbangi antara dunia dan akhirat,” katanya.

    Kembali berlakon
    Agak lama berehat daripada lakonan, Ezad muncul semula menerusi telefilem Kecoh Mami Jarum Beraya yang ditayangkan menerusi Astro pada musim raya.

    Dia tampil berlakon bersama pelakon asal, Kartina Aziz dan Imuda serta pelakon baru Nur Risteena. Memang lama sangat saya tak berlakon. Kalau ada pun hanya menerusi teater. Untuk telefilem ini, saya masih kekal dengan watak penghantar surat, tapi diubah sedikir supaya lebih menarik.

    “Bagaimanapun watak kami taklah gedik sangat berbanding dulu atas faktor usia. Saya seronok berlakon dan selesa bercampur dengan semua pelakon, tapi rasa penat sikit kerana ketika itu sedang berpuasa,” katanya.

    Ezad mengakui awalnya keberatan untuk berlakon, namun akur menerima tawaran selepas diberi semangat oleh isterinya.

    Apabila sudah kahwin dan ada anak, saya segan nak berlakon terutamanya membabitkan babak intim.

    “Bagaimanapun Zeana faham itu hanya lakonan. Lagipun saya bukanlah buat babak keterlaluan sangat. Itu yang buat saya akhirnya ambil tawaran ini,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan