• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    PERKAHWINAN LANA NORDIN CECAH RM2 JUTA?


    KUALA LUMPUR 7 Mei 2015 - Majlis perkahwinan aktres Lana Nodin bersama Mohd. Daud Mckienzie pada 15 Mei ini yang mencecah RM2 juta ditaja oleh Charisma Jewellary.


    Beliau yang bakal menamatkan zaman bujangnya pada usia 35 tahun, pelakon Mazlina Hasan Nodin atau lebih dikenali dengan nama Lana Nodin mengakui, ada debaran saat menanti hari bahagianya yang berlangsung pada 15 Mei ini.

    Memberitahu yang hampir 70 peratus persiapan perkahwinan telah siap disediakan, Lana bersyukur dan berasa begitu dirahmati apabila rezekinya dipermudahkan selepas menerima pelbagai penajaan untuk meraikan perkahwinannya yang bakal berlangsung di sebuah hotel di pinggir ibu kota.

    Merasakan ramai yang turut sama tumpang gembira meraikan hari bahagianya itu, Lana menolak andaian bahawa dia sebelum ini melobi penajaan malah tidak mahu ada pihak yang tersalah faham dengan andaian seperti itu.

    Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar dan perjalanannya cukup cantik. Macam orang kata, rezeki orang nak kahwin, tiba-tiba sahaja ramai pula yang nak menaja majlis perkahwinan saya.

    Sampai sekarang pun ada lagi yang menghubungi saya untuk tajaan tetapi saya terpaksa tolak dengan baik sebab semuanya telah diaturkan dan saya sudah pun membuat pilihan penajaan yang membabitkan 90 peratus majlis saya itu nanti, jelasnya.

    Menurut Lana, jumlah keseluruhan penajaan bagi meraikan majlis perkahwinannya itu mencecah RM2 juta meliputi busana, barangan kemas, dekorasi majlis, khemah sehingga barangan cenderamata kepada tetamu yang hadir.

    Bukan mahu menunjuk-nunjuk malah saya pun tak sangka begitu banyak jumlah penajaan majlis secara total. Saya bersyukur dengan rezeki ini. Yang saya sediakan cuma duit jamuan makan kepada tetamu sahaja, katanya lagi.

    Berkepit 
dengan Daud
    Mengulas mengenai perancangan selepas berkahwin kelak, kata Lana, dia tidak menolak bahawa selepas ini dia akan lebih kerap mengikut bakal suaminya, Mohd Daud McKienzie, 35, ke luar negara.

    Akur dengan permintaan Daud yang mahu dia menemani ke mana sahaja lokasi yang dituju demi memenuhi komitmennya sebagai atlet bola tampar Olimpik Amerika Syarikat (AS), kata Lana, selepas ini dia perlu bersedia untuk berpindah randah mengikut suaminya.

    “Pasti saya tak akan ada banyak masa di Malaysia selepas ini. Saya kena ikut Daud yang mahu saya menemaninya ke mana sahaja dia pergi sepanjang terlibat dengan perlawanan sukan bola tampar,” katanya.

    Seolah-olah memberi isyarat bahawa dia tidak akan lagi fokus kepada bidang lakonan, Lana mengakui yang dia juga sudah bersedia untuk meninggalkan dunia seni memandangkan kebanyakan masanya selepas ini adalah bersama suami dan keluarga.

    Siapa kata saya tak ralat untuk tinggalkan dunia seni yang sudah jadi darah daging dan jiwa saya. Tetapi nak buat macam mana, saya kena ikut suami.

    Lagipun rasanya sudah tiba masa untuk saya memperlahankan aktiviti dan memberi laluan kepada pelapis baharu untuk menyerlah, tambahnya.

    Mengakui sebelum ini pernah terfikir untuk berehat daripada dunia lakonan, Lana tidak menyangka hasratnya itu tertunai apabila dipertemukan dengan Daud.

    Semuanya seolah-olah berjalan dengan lancar, dari saat saya bertemu dengan dia sehinggalah kami nak berkahwin.

    Saya pernah menyuarakan hasrat hati untuk berehat sebab sudah penat bekerja dan mahu meluangkan masa untuk diri sendiri.

    Tak sangka Allah SWT dengar hasrat saya dan diberikan saya jalan begini. Lepas ini, saya tak fokus lagi kepada bidang lakonan. Insya-Allah akan fokus pula dengan dunia bisnes selepas berkahwin dengan Daud nanti,” katanya.

    Tidak bimbang akan kehilangan peminat, kata Lana, dia yakin keputusan ini adalah yang terbaik untuk diri dan suaminya kelak.

    Saya pun tak pernah terfikir jalan ini yang Allah SWT beri kepada saya. Ya, saya terima dengan hati terbuka dan lihatlah bagaimana nanti. Kalau ada tawaran lakonan yang tidak memerlukan masa yang panjang, saya akan ambil.

    Tapi awal-awal saya cakap, suami dan keluarga akan jadi keutamaan saya selepas ini. Apalagi, Daud punya banyak perlawanan bola tampar di luar negara memandangkan tahun depan sasarannya adalah untuk memasuki Sukan Olimpik.

    “Tak mengapalah berkorban sikit demi suami asalkan dia gembira dan saya juga tidak keberatan untuk menemaninya sentiasa,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan