Mungkin disebabkan populariti lagu itu yang sedang mencanak, secara automatik menjadikan Elizabeth Tan antara penyanyi buruan pihak penganjur. Dengarnya, Elizabeth dihujani pelbagai tawaran menyanyi.
Setiap minggu jadualnya padat. Tak menang tangan untuk memenuhi undangan pihak penganjur, katanya. Tapi yang tak sedapnya, dalam keadaan kesibukannya itu, menyebabkan dia terlepas pandang.
Pada mulanya, Elizabeth menyuarakan persetujuan untuk membuat persembahan di sebuah majlis. Sebagai tanda persetujuan juga, pihak penganjur sudah menyerahkan wang deposit kepadanya.
Bagaimanapun, apa yang terjadi sehari sebelum membuat persembahan Elizabeth dikatakan tidak boleh membuat persembahan seperti mana yang dijanjikan. Sudah pastilah pihak penganjur berasa hati.
Kecewa sebab Elizabeth memaklumkan perkara itu kepada pihak penganjur pada saat-saat akhir. Secara tidak langsung, keputusan dibuat Elizabeth itu menyebabkan pihak penganjur jadi kelam kabut untuk mencari pengganti.
Sikap Elizabeth itu memang mengecewakan semua pihak. Penonton yang hadir juga pasti terkesan kerana mereka juga mahu melihat persembahan Elizabeth secara LIVE.
Apapun Elizabeth pasti ada alasan yang kukuh berhubung perkara tersebut. Lagipun, dia takkan sewenang-wenangnya buat hal di kala namanya sedang meningkat naik. Betul tak Elizabeth?
Lirik Lagu Knock Knock – Elizabeth Tan
Bulan bintang kau janjikan
Tidakkah ku teruja
Cakap memang mudah
Semuanya mampu
Kata manis kau beri
Ku terpikat belum tentu
Cakap memang mudah
Oh, kau pun tau
Kiranya kau benar mahu
Kiranya kau benar mahuku
One, two sayang kamu
Jangan sakiti aku
Knock knock
Ku mahukan perhatian
Knock knock
Ku mahu kau buktikan
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku
Knock knock
Ku berikan semua
Knock knock
Ku buktikan diriku
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku
Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku hampa kau kan rasa
Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku terluka kau pun kan sama
Bukan mahu tunjuk diva
Bukan nak mengada
Cuma ku tak mahu kecewa selalu
Dan andai apa ku beri
Tidak cukup untukmu
Katakan padaku apa kau mahu
Kiranya kau benar mahu
Kiranya kau benar mahuku
One, two ku sayang kamu
Jangan sakiti aku
Knock knock
Mahuku perhatian
Knock knock
Mahuku kau buktikan
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku
Knock knock
Ku berikan semua
Knock knock
Ku buktikan diriku
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku
Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku hampa kau kan rasa
Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku terluka kau pun kan sama
Satu, haruslah setia
Dua, jangan cakap bohong
Buatku nangis jangan, jangan
Tiga, buatku tersenyum
Empat, ulangi dari satu
Knock knock
Mahuku hanya perhatian
Knock knock
Mahuku untuk kau buktikan
Jangan pernah kau abaikanku
Knock knock
Mahuku perhatian
Knock knock
Mahuku kau buktikan
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan