• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    DEBARAN AZZA AF MENANTI HARI PERSANDINGAN


    Episod merisik dan bertunang sudah dilalui tahun lalu. Kini, bekas peserta program realiti popular Akademi Fantasia musim pertama, Azza Suaymi sedang berdebar menanti saat bersejarah bergelar isteri pada hujung Mei ini.

    Pelakon bernama sebenar Azariah Suaymi, 33, ini sedang mempersiapkan diri untuk hari ijab kabul dengan Alif Ehsan Datuk A. Rahim, 29, pada 24 Mei ini di Hotel Roof Garden, Plaza Bukit Jelutong, Shah Alam dan seterusnya mengadakan majlis resepsi pada 30 Mei di IDCC Shah Alam.

    Bercakap ketika sesi fotografi baru-baru ini, Azza berkata, dia sudah mengambil cuti selama dua minggu sekarang bagi mengadakan persiapan untuk hari istimewa dalam hidupnya ini.

    “Sebelum itu saya berlakon telefilem Ramadan Berteduh Syawal dan kemudiannya saya ambil cuti dua minggu untuk melangsaikan beberapa perkara yang belum selesai.

    “Selepas majlis berakhir, saya akan ambil cuti selama seminggu lagi sebelum turun semula ke set penggambaran. Sudah ada drama episod menanti saya tapi skripnya belum diperolehi kerana produksi hanya akan memberikan butiran lengkap apabila majlis saya selesai,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan