Boyband terkenal dunia Backstreet Boys (BSB) mengotakan janji mereka untuk kembali ke Malaysia bagi mengadakan siri jelajah konsert mereka In A World Like This yang berlangsung malam kelmarin.
Walaupun sudah dua dekad memeriahkan industri muzik antarabangsa, kehadiran kumpulan yang dianggotai AJ McLean, Howie Dorough, Nick Carter, Kevin Richardson dan Brian Littrell itu masih memberi penangan hebat apabila disambut lebih 6,000 peminat di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Teruja berpeluang bertemu semula dengan peminat di negara ini, anggota BSB mengumumkan bakal muncul dengan album baru.
Littrell berkata, rakaman lagu akan bermula dalam masa terdekat ini selepas jelajah konsert menyambut ulang tahun ke-22 BSB dan promosi album kelapan kumpulan itu selesai.
"Susulan album baru itu nanti, kami akan memulakan siri jelajah konsert baru," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan