• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    JUARA GV3 AZHARINA AZHAR AKUI NASI SUDAH MENJADI BUBUR


    Kejayaan penyanyi Azharina Azhar pada program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3), baru-baru ini bukan sahaja mengembalikan nostalgia 15 tahun lalu ketika dia dinobatkan sebagai juara Bintang RTM 2001, malah ia boleh diibaratkan sebagai peluang kedua untuknya.

    Azharina, 31, mengakui sepanjang 15 tahun lalu banyak perkara dipersiakan begitu sahaja hinggakan dia berasa menyesal. Kata orang, nasi sudah menjadi bubur.

    Menyedari hakikat ketika itu dia masih muda remaja dan berdarah panas, Azharina yang mesra disapa Nina tidak mahu menyalahkan keadaan, sebaliknya meletakkan kesalahan itu di atas bahu sendiri.

    Justeru, dia enggan mengulangi kesilapan sama, malah berjanji untuk terus fokus dengan kerjaya seni, sekali gus memanfaatkan setiap peluang yang diberikan.

    “Apabila diumumkan sebagai juara, ia peluang keemasan untuk saya bertapak kembali dalam bidang nyanyian. Ibaratnya peluang yang datang ini seperti mati hidup semula. Saya juga akan memastikan peluang kedua ini tidak dipersiakan begitu sahaja. Itu janji saya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan