• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    FASHA SANDHA SUDAH BERPUNYA??


    Ada pepatah menyebut, guru terbaik bagi manusia adalah pengalaman yang dikutip seiring peningkatan usia.

    Pelakon Fasha Sandha mengakui setiap pengalaman yang dilalui menjadikan dirinya lebih matang dan kuat.

    Jika dahulu kontroversi sering melingkari perjalanan hidup wanita berusia 34 tahun ini, kini dia tenang menikmati hari-hari indah bersama dua cahaya mata, Putra Rayfal, 4, dan Putri Raysha Jemyma, 3.

    Malah, status ibu tunggal membuatkan dia berhati-hati dalam mengatur langkah.

    “Alhamdulillah, setakat ini Allah permudahkan urusan saya sekeluarga. Saya gembira menjalani kehidupan bersama dua cahaya mata yang sedang membesar.

    “Melihat mereka membesar dengan baik menyuntik aura positif dalam diri. Mereka nyawa dan kawan baik saya.

    “Hidup saya kini sudah lengkap dan Tuhan memberikan peluang kepada saya untuk menikmati hari-hari yang sempurna.

    “Saya perlu berterima kasih atas setiap pengalaman yang dilalui. Saya tidak kesal meniti pasang surut kehidupan.

    “Setiap yang berlaku ada hikmah, malah ia warna yang mencantikkan lagi perjalanan hidup saya,” katanya.

    Bakal suami perlu terima anak

    Dua tahun hidup tanpa lelaki di sisi, Fasha tidak serik dengan kegagalan rumah tangga yang dibina bersama Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

    Bintang utama drama Teratai Kemboja itu sedar setiap peristiwa pahit dan manis sudah tertulis malah bersedia membuka pintu hatinya menerima kehadiran insan lain.

    Ditanya siapakah gerangan jejaka yang bertakhta di hatinya ketika ini, Fasha hanya tersenyum. Selagi tiada ikatan rasmi, dia bukan milik sesiapa.

    “Apa yang penting teman hidup saya nanti dapat menerima dua anak saya. Fokus saya sekarang adalah mahu membahagiakan anak. Mereka tanggungjawab paling besar yang perlu saya pikul.

    “Selain itu, lelaki berkenaan juga perlu berkerjaya dan ada pegangan agama yang kuat.

    “Sebagai wanita, saya perlukan lelaki yang boleh membimbing ke arah kebaikan. Ketika ini, saya tidak mahu terlalu terbuka bercerita mengenai lelaki. Selagi belum ada ikatan pasti, lebih baik saya letakkan diri sebagai masih sendirian,” katanya.

    Makin mencintai dunia lakonan

    Penerima trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2017 ini mengakui banyak kekurangan yang perlu diperbaiki meskipun sudah hampir 15 tahun bergelar anak seni.

    Katanya, baru sekarang dia memahami apa itu makna lakonan yang sebenar.

    “Barangkali dulu saya mahu berlakon kerana duit tetapi kini meletakkan kualiti dan kepuasan sebagai keutamaan.

    “Saya mengikuti kelas lakonan bersama Fauziah Nawi kerana proses pembelajaran itu tidak pernah berakhir. Bagi saya, setiap hari adalah proses pembelajaran. Kadang-kadang saya tertanya-tanya kenapa tidak belajar dari dulu.

    “Saya belum penat, sebaliknya semakin mencintai dunia lakonan. Bayangkan jika dua atau tiga minggu bercuti, hati saya mula rindu untuk kembali ke lokasi penggambaran.

    “Memang saya cerewet dalam kerjaya tetapi akan berikan hasil kerja terbaik,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan