Penyanyi Hael Husaini tidak akan melupakan rakan-rakannya biarpun mengecapi populariti menerusi lagu nyanyian dan ciptaannya.
"Popular atau tidak, saya tak akan melupakan rakan-rakan yang berada di samping saya. Saya mahu kekal merendah diri dan menjadi insan yang sama seperti dahulu.
"Mungkin perjalanan karier saya selama 10 tahun membuatkan saya rasa begitu. Kawan-kawan menjadi penguat semangat dan saya mahu kekal menjadi Hael yang sama," kata Hael.
Tidak pasti dengan gelaran penyanyi popular yang disandangnya, Hael menjadikan perkara tersebut sebagai pembakar semangat untuk berusaha dengan lebih kuat.
"Saya sendiri pun tak tahu jika saya popular. Bila orang berkata begitu, saya bersyukur sahaja dan perkara tersebut menjadi salah satu pembakar semangat untuk saya berkarya.
"Saya mahu berusaha dengan lebih kuat menerusi karya yang saya hasilkan serta lagu nyanyian saya untuk memukau peminat di luar sana," kata Hael ketika ditemui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan