• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    MAS IDAYU DAH TAK PERCAYAKAN LELAKI?


    BUKAN menolak jodoh, namun penyanyi dangdut popular, Mas Idayu mengakui sukar untuk mempercayai lelaki.

    "Kalau ditanya pasal lelaki pilihan, mummy pening, nak percaya pun susah," katanya pada dalam wawancara khas Live Facebook.

    Bahkan, juri program realiti, D'Academy Dangdut Asia ini mengakui tidak pernah menutup pintu hatinya.

    "Ada juri dalam program itu nasihatkan, mummy, please jalani hidup ini saja dan jangan tutup pintu hatimu.

    "Masalahnya, saya bukan tutup pintu hati cuma saya susah nak percaya lelaki.

    "Jadi, macam mana tu?," selorohnya.

    Pun begitu, penyanyi berusia 48 tahun ini terbuka menghulurkan tali persahabatan kepada sesiapa.

    "Kalau setakat berkawan, saya boleh saja berkawan. Tapi, jangan nak lebih-lebihlah," tegasnya.

    Sebelum ini, pelantun lagu Goyang Bali ini pernah berkahwin.

    Hasil perkongsian hidup, mereka memiliki seorang anak, Nurdayini Ashiqah, yang kini berusia 19 tahun.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan