DENGAN sekali lafaz, pelawak Tauke Jambu sah bergelar suami kepada model sambilan Nadia Mohd Affendi, 28, pada pukul 12 tengah hari tadi (Sabtu).
Pasangan pengantin dinikahkan oleh Jurunikah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang juga imam Masjid At Taqwa, TTDI, berwakil walikan bapa pengantin perempuan Mohd Affendi Mohamad.
Tauke, atau nama penuhnya Zamratul Amri Zakaria, memberikan mas kahwin sebanyak RM300 dan jumlah wang hantaran RM30,000.
Selain itu, pelawak berusia 41 tahun itu membawa lima dulang hantaran, yang dibalas lima oleh pihak pengantin perempuan.
Majlis pernikahan serba ringkas tetapi meriah yang berlangsung di De Laman Event, Shah Alam itu dihadiri tetamu yang terdiri daripada sanak saudara pasangan pengantin dan rakan rapat.
Ini merupakan perkahwinan keempat Tauke dan pertama bagi Nadia. Malam ini akan berlangsungnya majlis resepi yang bertemakan fairy tale di lokasi sama.
Terdahulu pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 5 Disember 2015.
ERTEMAKAN Fairy Tale, majlis resepsi pelawak Tauke Jambu dan isteri, Nadia Mohd Affendi berlangsung meriah.
Menariknya, ada jalan cerita disebalik majlis yang berlangsung dalam suasana penuh romantik itu.
Cerita dongeng Cinderella telah dipilih sebagai pelengkap tema Fairy Tale yang berlangsung malam tadi.
Ruang dalam De Laman Event Space pula dihias indah seperti ‘ballroom’ dan berlangsung majlis tari menari sebelum ketibaan ‘Prince Charming’.
‘Prince Charming’ diarak ke ‘dewan tari menari’ dengan limosin mewah dan mencari Cinderella sambil memegang sebelah kasut milik gadis idamannya itu.
Namun, ketiadaan Cinderella pada majlis tersebut menyebabkan Prince Charming kecewa tetapi tetap menanti gadis idaman penuh harapan.
Setelah hampir berputus asa menanti, hati ‘Prince Charming, kembali berbunga selepas melihat Cinderella muncul dengan gaun kembang yang sangat cantik.
‘Prince Charming’ menyarungkan kasut, meluahkan perasaannya kepada Cinderella dan mereka mula menari meraikan kebahagian...
600 tetamu yang hadir termasuk Ajak (Shiro), Achey (Bocey), Raja Azri, Fizi Hot FM, Uqash Senrose, Hefny Sahad, Azlee (Senario), Wan Gegau dan ramai lagi turut gembira dengan penyatuan ‘Prince Charming’ dan ‘Cinderella’nya itu.
And the Prince Charming and Cinderella live happily ever after...
Sama-sama kita doakan Tauke dan Nadia bahagia hingga ke akhir hayat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan