"KAMI masih dalam fasa berkawan. Kalau ada jodoh, adalah," kata penerbit drama, Datuk A Aida, 47, mengenai gosip mengatakan dia bercinta dengan model dan pelakon, Ahya Rosli, 30.
Menguatkan lagi spekulasi itu apabila Ahya yang juga anak kepada pelakon, Normah Damanhuri turut serta ketika Aida menunaikan ibadah umrah.
Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang berkata, dia dan Ahya mulai rapat ketika berjumpa pada majlis tayangan filem Malay Regiment pada Ogos lalu.
"Saya menyerahkan perkara ini kepada Allah SWT. Saya tidak boleh mengiyakan atau menidakkan. Segalanya adalah ketentuan dan takdir.
"Cuma, buat masa sekarang saya dengan Ayha adalah kawan. Saya selesa berkawan kerana dia lelaki yang baik. Memandangkan dia anak emak, jadi tak dinafikan dia seorang yang penyayang dan ambil berat. Anak saya pun okey dengan dia," katanya.
Menurut Aida, dia tidak menolak sekiranya ditakdirkan berkahwin dengan Ahya meskipun beza usia 17 tahun.
"Saya tak kisah jodoh dengan lelaki muda, tetapi apabila memikirkan perbezaan usia kami yang terlalu jauh banyak perkara perlu diambil kira.
"Kalau kami berkahwin, saya fikir pada usia ini adakah saya boleh memberikan zuriat untuknya? Sudah tentu sebagai lelaki yang belum pernah berkahwin pasti inginkan anak.
"Apa pun, saya tetap berfikiran positif. Kalau betul ada jodoh kami, saya berdoa agar dikurniakan anak. Apa pun, buat masa sekarang kami hanya kawan," katanya.
Mengenai hubungannya dengan ibu Ahya, Aida berkata dia okey dan rapat dengan Normah yang dipanggil Mama.
Sementara itu Pengacara dan juga penyampai radio, Zulin Aziz berharap namanya tidak lagi dikaitkan dengan pelakon Ahya Rosli kononnya mereka menjalin hubungan istimewa.
Zulin ketika dihubungi berkata, keakraban dan pendedahan penerbit Datuk A Aida mengenai hubungannya dengan Ahya membuktikan bahawa dia dan pelakon itu hanya sekadar kawan baik sekali gus mendoakan yang terbaik buat sahabatnya itu.
"Saya lihat Ahya dan A Aida begitu secocok. Barangkali ketika sama-sama mengerjakan Umrah baru-baru ini mereka mendapat petunjuk dan hidayah. Lagipun jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan.
"Kita doakan yang baik-baik buat pasangan ini. A Aida juga baik dengan keluarga Ahya.
"Siapapun pilihan Ahya pasti dia mempunyai alasan tersendiri. Mungkin Ahya ‘terpikat’ dengan A Aida kerana sifat matang serta pandai mengambil hati keluarga," katanya.
Menurut Zulin, dia berharap selepas ini netizen berhenti membuat spekulasi mengenai setiap lelaki dikenalinya termasuk dengan Ahya.
"Saya harap jangan ada pihak yang bertanya atau komen mengenai hubungan kami. Kadangkala saya lihat netizen gemar membuat spekulasi mengenai setiap gambar dan video yang dimuat naik.
"Saya tidak pernah sekalipun membuat kenyataan berkawan rapat apatah lagi putus cinta dengannya. Cuma tidak dinafikan ada pihak yang suka melihat kami bersama kerana sering bertemu sebagai kawan baik serta dia bertindak sebagai jurulatih peribadi saya.
"Jujur apa yang berlaku antara kami sangat memberi kesan kerana mereka beranggapan saya menjalin hubungan dengannya sedangkan saya sudah hampir tujuh tahun hidup solo.
“Saya bimbang jika setiap lelaki yang saya berkawan akan ingat saya mempunyai hubungan istimewa.
“Berilah saya masa untuk mengenali hati budi seseorang dan jangan membuat andaian tidak betul. Jika saya sudah menemui teman lelaki saya tidak akan merahsiakannya,” katanya.
Terdahulu penerbit Datuk A Aida mendedahkan sedang berkawan dengan Ahya dan tidak menolak sekiranya ditakdirkan bersama.
Gosip mereka dikatakan bercinta timbul bersama selepas Ahya dan A Aida Sama-sama menunaikan ibadah umrah.
Disebabkan itu, ramai yang beranggapan dan melemparkan komen di Instagram Zulin mengatakan dia dan Ahya sudah tidak lagi menjalin hubungan cinta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan