• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    DAH SELAMAT DAH DENGAN SEKALI LAFAZ..


    Aktor popular, Fattah Amin sah bergelar suami kepada aktres Nur Fazura dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan sekitar jam 9.50 malam tadi yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

    Majlis pernikahan itu berlangsung dalam satu acara tertutup dan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan psangan tersebut, menurut satu kenyataan edaran pengurusan Universal Music.

    DENGAN sekali lafaz, pasangan pelakon Nur Fazura, 34, dan Fattah Amin, 27,sah bergelar suami isteri, 9.50 malam, hari ini.

    Pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu disatukan dalam majlis tertutup.

    Dalam kenyataan akhbar dikeluarkan pengurusan Fazura, Universal Music, majlis berlangsung di hotel di Bukit Bintang, dihadiri keluarga dan rakan-rakan pasangan itu.

    Tiada maklumat lanjut diberikan mengenai majlis itu.

    Tinjauan beberapa wakil media ke lokasi itu petang tadi menyaksikan beberapa individu dipercayai pengawal keselamatan disewa khas berlegar di sekitar ruang lobi, pintu dan lif menuju lokasi rahsia di tingkat 28 hotel itu.

    Turut kelihatan, individu dipercayai wakil pereka fesyen membawa busana pengantin berwarna hijau firus di dalam bungkusan plastik lutsinar sambil diiringi beberapa lelaki berpakaian serba hitam.

    "Ada 'Malay wedding' di tingkat atas," kata penyambut tetamu hotel secara ringkas saat ditanya mengenai situasi itu.

    Kira-kira 8 malam, beberapa individu dipercayai ahli keluarga kedua pasangan turut kelihatan memakai busana tradisional sedondon berwarna hijau firus (turquoise) dan ungu mula memasuki ruang hotel.

    Pengurus Fazura, Iman Tang yang kelihatan tenang, tiba di hotel itu, 6.30 petang tadi.

    Itu antara hasil pemerhatian wakil media sejak bagi mengikuti perkembangan majlis pernikahan pelakon Fazura dan Fattah.

    Sebelum ini, sejurus pulang daripada melakukan umrah, Fattah dan Fazura pada sidang media khas yang berlangsung pada 23 November lalu mengumumkan bakal bernikah secara tertutup dalam masa terdekat pada tarikh yang tidak dinyatakan.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan