• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    AYDA JEBAT SUKA MEMBELI BELAH DALAM TALIAN?


    Kesibukan jadual kerja yang terlalu padat menyebabkan penyanyi popular Ayda Jebat tidak mempunyai masa untuk ‘memanjakan’ dirinya seperti membeli-belah.

    Sehubungan itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Nakal Nakal Nakal ini memilih kaedah membeli-belah secara dalam talian atau ‘online’.

    “Dalam keadaan sekarang saya lebih memilih kaedah ‘online’ kerana memudahkan untuk membeli barangan yang diperlukan dan menjimatkan masa.

    “Lagipun, saya boleh beli barang yang diperlukan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian. Apabila ada masa terluang, saya layari laman jualan yang tersedia.

    “Bagaimanapun, sebagai pembeli kita perlu bijak memilih laman atau portal dalam talian yang berdaftar dan dipercayai.

    “Ini kerana banyak kes yang dilaporkan di media mengenai sikap sesetengah pihak yang cuba mengambil jalan pintas untuk kaya. Mereka menggunakan laman sosial sebagai medium untuk mengaut duit dengan memperdaya pembeli,”katanya.

    Ditanya apakah barang paling mahal pernah dibeli melalui jualan ‘online’, Ayda berkata, dia pernah membeli sebuah kereta jenama antarabangsa kira-kira tiga bulan lalu.

    Ayda berkata, harga ditawarkan sangat berpatutan dan kenderaan itu dalam keadaan baik.

    “Sebelum membuat keputusan, saya bertanya beberapa rakan yang mahir mengenai kereta.

    “Walaupun semua maklumat sudah tertera di portal jualan, saya tetap bertanya kepada mereka yang lebih arif,” katanya,

    Dalam perkembangan lain, Ayda berkata, dia hampir selesai menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Dekatkan Jarak Kita bersama Syafiq Kyle.

    Membawa dua watak berbeza iaitu Sofiya dan Alyssa, Ayda meletakkan harapan tinggi terhadap drama yang bakal mengisi slot Samarinda di TV3 itu.

    “Drama ini berbeza secara total dengan drama yang pernah saya lakonkan. Selain elemen cinta, ia turut memiliki elemen lain seperti konflik kekeluargaan,”katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan