• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    SALEEM MASIH HIDUP DAN KINI DALAM JAGAAN PAKAR


    PENYANYI lagenda, Saleem Iklim kini ditempatkan di bawah jagaan pakar Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat jangkitan kuman.

    Menurut isterinya Juriah @ Julia Bachok, Saleem sebelum ini ada ketumbuhan di bahagian bawah perut sebelum ia merebak dan menyebabkan kesihatan penyanyi itu terjejas.

    "Ini menyebabkan virus juga merebak ke bahagian paru-paru. Tekanan darah rendah juga dan demam yang tidak menentu akibat jangkitan kuman menyebabkan Saleem di bawah jagaan pakar di PPUKM," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Selasa lalu, Saleem atau nama sebenarnya  A. M. Salim Abdul Majeed dilaporkan ditahan di hospital akibat demam panas.

    Sementara itu, memetik laporan media tempatan, Julia memaklumkan, Saleem mengalami demam hampir sebulan lalu namun keadaannya semakin teruk sejak dua hari lalu sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

    "Sebenarnya dia sudah mengalami demam sejak sebulan tetapi sekejap baik dan kemudian demam kembali.

    "Dia gagahkan diri sebenarnya namun semalam (Selasa) keadaannya semakin teruk dan suhu badannya meningkat sehingga 40 darjah celcius dan saya terus bawanya ke hospital," katanya.

    Dalam pada itu, Julia berkata, Saleem sepatutnya melakukan pembedahan bagi membuang ketumbuhan di bahagian testis pada Khamis namun ia terpaksa ditangguhkan kerana demam dialaminya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan