Selain berlakon dan menyanyi, Sherry Ibrahim kini kembali aktif dalam bidang pengacaraan. Kali terakhir dia muncul sebagai pengacara ialah menerusi program Chopp! di TV9 pada 2009.
Selepas itu Sherry, 34, yang popular menerusi drama Teduhan Kasih selesa memberi fokus kepada lakonan.
Namun, selepas lebih setahun tampil dengan imej berhijab, Sherry sekali lagi ditawarkan menjadi pengacara dalam program Pesona Muslimah yang kini ditayangkan di saluran Astro Oasis setiap Isnin jam 9.30 malam.
Berbeza dengan dahulu, program yang masih menjalani penggambaran ini bersesuaian dengan penampilan baru Sherry.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan