Bekas vokalis kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin,39 atau lebih dikenali sebagai Mamat didenda RM1,000 oleh mahkamah majistret, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memasukkan dadah berbahaya di dalam diri sendiri enam tahun lalu.
Mamat membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Noor Aisyah Ahmad selepas pertuduhan di bacakan jurubahasa dalam Bahasa Malaysia.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah didapati memasukkan dadah jenis Methamphetamine di dalam badannya di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara, pada jam 3.30 petang, 21 Mac 2011.
Bagi perbuatan, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta234) dan boleh dihukum di bawah Sekyen 15 akta yang sama.
Exists merupakan sebuah kumpulan muzik terkenal dari Malaysia.
Mereka mula mencipta nama pada tahun 1991 dengan lagu Untukmu Ibu ciptaan Rahim Othman dan lirik oleh Megat Ismail.
Lagu itu berjaya memasuki peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1992.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan