• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    MAHKAMAH PERINTAH AWIE MEMBAYAR NAFKAH RM4000 SEBULAN


    Mahkamah Rendah Syariah hari ini memerintahkan penyanyi rock, Awie membayar nafkah sebanyak RM4,000 sebulan kepada dua anaknya yang kini berada dibawah jagaan bekas isterinya, Rozana Misbun.

    Hakim Syarie Che Saupi Che Husin memutuskan demikian selepas menimbangkan keterangan Rozana selaku plaintif, Awie (defendan) dan saksi-saksi yang dikemukakan kedua-dua pihak.

    Mahkamah membuat perintah itu berdasarkan pertimbangan keperluan dan kebajikan kedua-dua anak berkenaan selain mengambil kira kemampuan Awie sebagai ayah.

    Perintah nafkah itu meliputi bayaran nafkah RM3,000 untuk perbelanjaan makan minum, kesihatan, perubatan dan pendidikan Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6, serta RM1,000 untuk kos tempat tinggal kedua-dua anaknya itu.

    Defendan diperintahkan membayar nafkah berkenaan pada atau sebelum 5 haribulan setiap bulan berkuatkuasa serta merta tanpa gagal.

    Mahkamah juga membenarkan tuntutan Rozana untuk perbelanjaan persiapan persekolahan dan sambutan hari raya namun tidak menetapkan sebarang jumlah tertentu.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan