• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    FAHRIN AHMAD TAK SABAR TIMANG ANAK SULUNG?


    Pelakon Fahrin Ahmad akui berasa teruja apabila berpeluang untuk merasai sendiri pergerakan bayi dalam kandungan isterinya yang kini hamil enam bulan.

    Menurut Fahrin, tiada perasaan yang dapat digambarkan ketika melihat bayi tersebut bergerak dalam pelbagai posisi.

    “Alhamdulillah bayi dalam kandungan isteri sihat dan aktif. Isteri saya dijangka bersalin pada minggu pertama bulan Oktober nanti.

    “Bercakap pasal kehamilan, saya dan isteri memang tak dapat sorok rasa teruja bila ‘baby’ mula aktif dan bergerak-gerak di dalam perut.

    “Masa pertama kali kejadian itu berlaku, saya sentuh perut isteri dan rasa pergerakan yang berlaku dan mungkin kerana dia adalah bayi lelaki jadi ‘baby’ terlebih aktif.

    “Waktu itu perasaan saya hanya tuhan saja yang tahu, memang gembira tak terkata. Rasa mcam tak percaya pun ada juga.

    “Ini merupakan satu pengalaman baru dan apa yang penting saya harapkan anak saya sihat, sempurna dan membesar dengan baik,” katanya.

    Fahrin ditemui pada majlis berbuka puasa HBO dan sidang media filem Jurassic World dalam Bahasa Malaysia bertempat di Le Meridien, Kuala Lumpur pada Selasa.

    Mengulas mengenai persediaan bergelar bapa, pelakon berusia 37 tahun ini memberitahu dia lebih memberi tumpuan kepada kos perbelanjaan.

    “Untuk persiapan sebenarnya bagi saya bila kita ini lelaki sudah pasti lebih banyak memikirkan tentang perbelanjaan sewaktu bersalin nanti.

    “Kalau dari segi persiapan barangan bayi itu mungkin lebih kepada isteri saya. Tapi setakat ini kami masih lagi belum ‘shopping’ untuk ‘baby’ walaupun dah tahu jantina.

    “Oleh kerana terlalu sibuk, kami belum ada masa lagi, tapi apabila mendengar pengalaman rakan-rakan saya dimaklumkan memang kena buat persediaan awal sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh bersalin.

    “Jadi untuk bulan puasa ini saya fokus untuk berehat dan luangkan masa bersama isteri, kerja tetap ada cuma saya ambil yang tuntutan masanya tidak memerlukan saya berada diluar sehari suntuk seperti pengacaraan,” ujarnya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan