Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memerintahkan pemain bola sepak JDT, Aidil Zafuan Abdul Razak membayar RM68,530 kepada bekas isterinya, Rita Rudaini Mokhtar.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Mawardi Che Man sebentar tadi selepas membenarkan tuntutan Rita Rudaini. Aidil Zafuan,28, turut diperintah membayar kos guaman Rita Rudaini.
"Bayaran tersebut perlu dijelaskan dalam tempoh 45 hari," katanya.
Pada 14 Disember 2013, Rita Rudaini memfailkan tuntutan RM102,000 sebagai nafkah tertunggak selama 20 bulan merangkumi perbelanjaan makan minum, kos bayaran rumah, pakaian, pengangkutan dan barang asasi lain.
Dalam ringkasan penghakimannya, beliau berkata, mahkamah memutuskan pelakon itu hanya layak mendapat 19 bulan kerana mereka sah bercerai pada Ogos 2013.
"Oleh itu, mahkamah berpuas hati ianya tempoh 19 bulan sahaja," katanya.
Tuntutan itu difailkan melalui peguamnya, Datuk Zaidi Mohd Zain di sini.
Rita Rudaini, 38 dan Aidil Zafuan, 27 bernikah secara rahsia pada Februari 2008 di Songkhla, Thailand dan sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan, September 2013.
Pemain bola sepak JDT, Aidil Zafuan Abd Razak, 27, mengaku di mahkamah rendah syariah di sini hari ini bahawa dia tidak menjelaskan bayaran rumah sewa RM3,000 sejak keluar dari rumah kelaminnya bersama pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 38, pada Januari, dua tahun lalu.
Menurutnya, bayaran rumah sewa di Kota Damansara tersebut yang diduduki Rita Rudaini bersama dua anaknya dijelaskan oleh isterinya ketika itu selama 18 bulan sehingga mereka sah bercerai pada 4 Ogos tahun lalu.
Berdasarkan keterangan itu, Aidil Zafuan menarik balik keterangannya sebelum ini bahawa dia tidak pernah culas membayar nafkah untuk Rita Rudaini dan anak-anaknya.
Perkara tersebut dibangkitkan oleh peguam Rita Rudaini, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain dalam sesi soal balas terhadap pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu.
“Sepanjang tempoh anak-anak tinggal dengan plaintif (Rita Rudaini), saya memang tidak pernah gagal memberikan nafkah kepada mereka, tetapi, cuma tak bayar sewa rumah.
“Saya tidak berbohong kepada mahkamah, cuma keterangan pada 4 Disember 2013 itu tidak tepat,” katanya.
Aidil Zafuan berkata, beliau ada memaklumkan dan mengajak plaintif tinggal bersamanya di rumah yang disediakan oleh majikannya di USJ 1, Subang Jaya, namun mendakwa Rita Rudaini enggan.
“Plaintif memberi alasan bahawa rumah itu bukan rumah kelamin kami,”katanya.
Aidil Zafuan berkata, berkenaan dengan peruntukan perbelanjaan anak-anaknya, dia tidak pernah menetapkan jumlahnya namun menganggarkan sekitar RM700 sebulan mengikut keperluan.
“Biasanya, saya hanya beli satu pek lampin pakai buang anak jika habis. Begitu juga dengan susu,”katanya yang juga memperuntukkan RM500 untuk pakaian anak-anaknya.
Ketika ditanya Mohd Zaidi mengenai perbelanjaan lain selain keperluan anak-anaknya, Aidil Zafuan berkata:
“Saya membayar RM2,000 untuk ansuran bulanan kereta BMW 3 Series dan RM1,000 bagi motosikal berkuasa tinggi berjenama Ducati Monster,”katanya.
Berkenaan dengan gaji yang diperoleh, Aidil Zafuan menyatakan dia menerima pendapatan bersih RM12,000 ketika berkhidmat bersama pasukannya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2012.
“Ketika berkhidmat dengan pasukan Negeri Sembilan pada 2011, saya menerima pendapatan RM8,000 sahaja,”katanya.
Beliau berkata, sebagai pemain bola sepak, dia tidak mempunyai pendapatan tetap.
“Adakalanya lebih daripada itu kerana bonus akan diberikan jika memenangi perlawanan,” katanya.
Prosiding tersebut dijalankan di hadapan Hakim, Abd Halim Abu Samah dan ditangguhkan sehingga 31 Mac depan.
Rita Rudaini, 38, menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak mereka Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3, merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.
Aidil Zafuan hadir bersama keluarganya manakala Rita Rudaini ditemani rakan-rakannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan