• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    ALHAMDULILLAH..SELESAI SUDAH


    DENGAN sekali lafaz pengacara dan pelawak popular Jihan Muse, 33, sah bergelar isteri kepada pelakon Ungku Hariz, 31, dalam sebuah majlis pernikahan ringkas  tepat jam 3.20 petang di Laman Kayangan, Shah Alam di sini, sebentar tadi.

    Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa dan Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli dinikahkan bapa pengantin perempuan, Musa Abdul Aziz bersaksikan Pendaftar Kanan Perkahwinan, Cerai dan Rujuk Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Muhamad Sujak Muhamad Dasuki, bapa Ungku Hariz Ungku Mohamed Fadli, adik-beradik dan keluarga terdekat.

    Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan saling berbalas lima dulang hantaran. Bagaimanapun, pasangan pengantin merahsiakan jumlah wang hantaran.

    Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 jemputan yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat pengantin.

    Berkongsi perasaan teruja, Jihan  bersyukur kerana hubungan yang terjalin sejak 2007 berakhir ke jinjang pelamin pada hari ini.

    Pada majlis itu, pasangan pengantin memakai busana rekaan Rizman Ruzaini dan solekan oleh Saidatul Nisa dan Bosco Ryzal.

    Sementara itu, majlis resepsi pasangan yang bertemakan klasik rekaan busana dari Man Kajang dan solekan, Deqsha akan diadakan pada 27 Mac ini di Menara NAZA TTDI, Shah Alam.

    Terdahulu, majlis berinai berlangsung dengan meriah di Laman Qaseh, Gombak dekat sini pada malam 18 Mac lalu.

    Astro Ria menerusi saluran 104 adalah penyiar rasmi untuk majlis akad nikah dan persandingan.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan