Pelawak terkenal Tauke Jambu memberitahu peminat komedi di Malaysia kini berpuak-puak berbanding sebelum ini.
Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria berkata, dia merasakan peminat hanya akan ketawa dan memberi sokongan kepada kumpulan kegemaran mereka sahaja.
Saya lihat peminat MLM kini berbeza. Tidak sama seperti musim pertama Maharaja Lawak Mega. (MLM). Dahulu, sesiapa sahaja yang beraksi pasti penonton akan gelak dan sokong.
“Sebab itu misi kumpulan LOL cuba satukan kembali peminat MLM. Biar hubungan pelawak dan peminat erat dan tiada istilah pro untuk mana-mana kumpulan,” katanya kepada Astro Gempak.
Tambahnya, peminat seharusnya bersatu hati dan beri sokongan kepada muka-muka baru yang muncul di MLM 2016.
Saya dan ahli kumpulan LOL sdang mencari formula bagaimana untuk satukan para peminat MLM semula.
“Agak sukar untuk satukan mereka tetapi ada cara yang mungkin boleh bantu niat kami. Tetapi saya tidak salahkan mereka kerana itu hak peminat untuk pilih kumpulan mana yang terbaik,” ujarnya.
Dalam pada itu, Tauke menjelaskan karakter Leman, Omar dan Lah dalam setiap persembahan LOL akan dikekalkan sepanjang berlangsungnya program MLM 2016.
Sama seperti kumpulan dengan arwah Pak Yus, nama kumpulan kami satukan dengan warna pakaian kami. Tetapi LOL kami bertiga ketengahkan watak Leman, Omar dan Lah mengikut cerita dan pengalaman yang dilalui kami dari kecil hingga meningkat dewasa.
“Walaupun tema mingguan bertukar, watak kami akan terus kekalkan. Ini adalah kelainan kumpulan LOL dan ianya satu eksperimen,” katanya.
Kumpulan LOL diaggotai oleh Tauke Jambu, Ajak Shiro dan Angah Raja Lawak. Tujuan utama LOL ditubuhkan adalah untuk menyambung legasi Allahyarham Pak Yus yang sering menderma dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Tonton MLM 2016 yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan bersiaran setiap hari Jumaat, pukul 10 malam bermula 29 Januari di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan