• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    RAJA GELEK KESAL WUJUD PIHAK YANG SUKA SEBAR BERITA PALSU


    RAJA GELEK, Datuk M. Daud Kilau menyindir pihak yang menyebarkan berita palsu di media sosial kononnya beliau telah meninggal dunia pagi ini.

    Menurut penyanyi berusia 77 tahun itu, beliau masih sihat dan sepatutnya keluar dari Hospital Teluk Intan hari ini setelah dirawat sejak Ahad lalu kerana masalah sukar membuang air kecil.

    Terima kasihlah, syukur kepada mereka yang menyebarkan berita kematian saya. Ini berita palsu, tidak benar sama sekali.

    “Saya tak mampu berbuat apa-apa tentang penyebaran berita seperti ini di media sosial,” kata­nya ketika ditemui di sini hari ini.

    Menerusi laporan di media sosial hari ini, penyanyi veteran itu dikatakan telah meninggal dunia selepas subuh tadi.

    Sementara itu, isteri M. Daud, Datin Rohani Awang Ngah berkata, dia mendapat tahu mengenai berita palsu yang tersebar di media sosial sejak pagi ini.

    Beliau turut menerima panggilan telefon bertalu-talu daripada ahli keluarga dan rakan-rakan yang bertanyakan kesahihan be­rita tersebut.

    Ketika mereka menghubungi saya, suami saya sedang tidur. Keadaannya semakin sihat. Berita itu tidak benar sama sekali, saya menemaninya sepanjang masa di hospital.

    Beliau sepatutnya keluar dari hospital hari ini tapi tekanan darahnya naik menyebabkan dia terpaksa terus dirawat.

    “Penyebaran berita palsu ini amat tidak bertanggungjawab. Ia menyebabkan ahli keluarga kami terkejut, bimbang dan bersedih,” katanya.

    Tambah Rohani, suaminya tidak sabar untuk pulang ke rumah mereka di Bagan Datoh dekat sini untuk berehat.

    “Suami sudah boleh tidur dengan lena semalam berbanding sebelum ini,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan