Sebelum ini hubungan yang terjalin hanya sebagai artis dan peminat, namun takdir menemukan jodoh mereka berdua apabila pelakon dan pengacara, Marsha Milan Londoh, 30, memilih ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, 29, sebagai teman hidupnya.
Pasangan itu sah menjadi suami isteri pada majlis akad nikah yang berlangsung di kediaman keluarga lelaki di Pulau Pinang pada 31 Disember lalu, tepat jam 8.55 malam.
Mereka berkenalan lebih 10 tahun lalu, tetapi pasangan ini hanya serius bercinta pada 2013. Bagaimanapun, bukan mudah untuk mereka mengambil keputusan paling besar dalam hidup masing-masing kerana banyak hati perlu dijaga.
Dalam keterujaan, Marsha mengakui jodohnya sudah tiba dan Shaiful adalah suami yang tepat buatnya.
“Akhirnya, saya sudah menemui lelaki terbaik untuk dijadikan suami apabila selama ini dia adalah ‘tulang belakang’ dan pendukung kerjaya saya. Dia sentiasa cuba memahami diri saya dalam mengharungi liku kehidupan terutama ketika hari-hari saya diselubungi resah. Tiada alasan lain mengapa saya memilihnya sebagai pasangan hidup,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan