Saya akan terus menunggu.” Demikian kata model terkenal Kate Davis, 25, yang terus sabar menanti tawaran berlakon.
Dia yang menceburi bidang peragaan sejak berusia 18 tahun mahu mencuba benda baru yang boleh memberi pengalaman berbeza kepadanya.
Model jelita berdarah campuran Melayu dan Inggeris ini mahu mengorak langkah baru dalam kerjayanya kerana selepas lapan tahun menjadi model, dia perlukan anjakan baru untuk memajukan lagi dirinya.
Saya masih meminati bidang peragaan, tetapi ia juga ada had usia apatah lagi dengan kedatangan model baru yang lebih muda. Ia persaingan sihat cuma kemunculan mereka agak menjejaskan orang lama seperti saya kerana mereka sanggup bekerja secara percuma semata-mata untuk mendapatkan peluang sebagai model.
Pasti agensi yang mahu menjimatkan bajet lebih tertarik untuk mendapatkan khidmat mereka. Namun ruang untuk saya masih ada walaupun tidak serancak dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan