Belum sempat setahun penyanyi ini bertudung, namun sudah macam-macam dugaan yang diterima dirinya. Cerita Lufya Omar kepada wartawan baru-baru ini, ada antara rakan-rakannya sudah menjauhkan diri daripadanya.
Walaupun tidak terkesan dengan keadaan itu, terang Lufya dia percaya apa yang berlaku ini ada hikmah tersendiri. Lufya ketika media previu di Cosry Outlet di NU Sentral, baru-baru ini.
Memang ada rakan saya yang lari daripada saya, malah turut memperlekehkan panggil saya `lufya tudung’ dan sebagainya.
“Tetapi saya positif soal ini, dan sentiasa mengharapkan yang terbaik buat mereka. Bagi saya ada sebab mengapa Allah menjauhkan saya daripada orang sebegitu,” katanya tenang.
Sementara itu, jelas Lufya, sebenarnya dia tidak mahu orang di luar sana mengharapkan sesuatu yang berbeza daripada penghijrahannya ini. Menjelaskan dirinya masih lagi belajar, namun dia tidak menolak merasai ketenangan yang selama ini tidak pernah dirasainya.
“Saya masih belajar, bagi saya apa yang saya buat ini adalah untuk kepentingan diri sendiri. Sebab itu saya minta orang di luar sana jangan terlalu mengkritik artis seperti saya yang masih baharu dalam dunia penghijrahan, beri kami peluang sebelum melepaskan kata-kata yang sedikitpun tidak membantu saya,” katanya.
Betul apa yang dikatakan Lufya, mungkin ini dugaan yang terpaksa dihadapi pelakon cantik ini.
Tidak mengapalah Lufya sesungguhnya orang yang tidak mahu mendampingi Lufya itu mempunyai pilihan tersendiri.
Tetapi rugi sebenarnya orang tidak mahu berkenalan dengan Lufya ini, sudahlah baik orangnya malah cukup positif dengan kehidupannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan