• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    YUSRI DAN LISA ELAK PUBLISITI ANAK


    Hak eksklusif untuk siaran mengenai perkahwinan dan kelahiran bayi selebriti bukan lagi menjadi trend terbaru di dalam industri. Bagi pasangan Yusry KRU dan Lisa Surihani, mereka punya pendapat tersendiri.

    Tawaran untuk itu sememangnya ada. Jika saya menerimanya, saya sedia meletakkan syarat tetapi jika syarat tersebut tidak boleh dipenuhi, mungkin ianya tidak boleh menjadi kenyataan. Saya mahu membesarkan anak secara normal tanpa kilauan glamor dan bersederhana dalam segala segi.

    Menurut Yusry, dia dan isteri merancang untuk tidak terlalu menonjolkan anak mereka di hadapan lensa kamera. Ini bukan sahaja untuk memastikan tumbesaran anak mereka tidak terlibat di dalam dunia glamor, tetapi juga untuk keselamatan.  

    Saya tidak mengecilkan cara rakan-rakan artis yang lain dan berkongsi tentang anak di laman sosial bukanlah satu kesalahan tetapi masing-masing ada cara masing-masing. Jangan ada yang tersalah faham kerana semua orang mempunyai cara berbeza untuk membesarkan anak-anak. 

    "Dalam soal material pula, hidup saya dengan Lisa sebelum ini juga tidaklah terlalu mewah dan kami sangat ringkas. Jika ianya tidak perlu dan membazir, kami tidak perlu sediakan untuk anak kelak," ujar Yusry lagi.

    Mungkin setiap orang, ada cara tersendiri untuk membesarkan anak. Terserah kepada ibu bapa dalam mencorak kehidupan anak mereka. Kami tidak sabar untuk menantikan kelahiran bayi sulung pasangan Yusry-Lisa ini. 

    Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kisah terbaru pasangan yang sweet ini, dapatkannya di dalam majalah Media Hiburan terbaru. 

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan