• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    AIDILFITRI YANG PENUH MAKNA BUAT FIZZ FAIRUZ DAN ALMY NADIA


    Aidilfitri ini amat bermakna buat pasangan pelakon Fizz Fairuz dan Almy Nadia kerana meraikannya dengan kehadiran ahli keluarga baru mereka, Nur Afriana Ariana yang kini berusia lima bulan.


    Jika sebelum berkeluarga, Fizz hanya memikirkan keperluan dirinya, tetapi sekarang keadaan sudah berubah kerana selain isteri yang mesti diberikan tumpuan sudah semestinya si kecil paling diutamakan.

    “Baju kurung untuk Ariana saja lapan pasang tak termasuk baju biasa. Aidilfitri ini juga kali pertama kami menyambutnya dengan Ariana dan sudah semestinya ia lebih meriah daripada tahun-tahun sebelumnya.

    “Untuk saya dan Almy cukuplah sehelai dua baju saja. Kadang-kadang ada pereka fesyen hadiahkan baju Melayu dan jubah selepas memperagakan pakaian mereka,” katanya.

    Selain kehadiran Ariana, Fizz juga ada sebab lain untuk teruja kerana mereka beraya di kampungnya di Raub, Pahang selepas tahun lalu bersama keluarga Almy di Pulau Pinang.

    “Semua adik-beradik saya pulang ke Raub selepas masing-masing beraya bersama keluarga mentua tahun lalu. Perancangan memang diatur begitu supaya kami semua dapat berjumpa,” katanya.

    Fizz yang juga anak kelima daripada sembilan beradik berkata, mereka semua juga sepakat memasak beramai-ramai menyediakan juadah raya seperti lemang, ketupat dan rendang. Sejak berkahwin dengan Almy, Fizz mengakui hidupnya lebih tenang.

    Selepas selesai penggambaran atau urusan kerja lain, dia akan terus pulang ke rumah. Selain itu, jika ada acara perlu dihadirinya, dia akan turut membawa Almy dan Ariana.


    Almy tak kisah orang mengata badannya berisi
    Almy yang sedang berehat daripada dunia lakonan selepas melahirkan Ariana turut teruja menyambut lebaran ini dengan keluarga ‘besar’ Fizz.

    “Tahun lalu kali pertama kami beraya sebagai suami isteri di Pulau Pinang dan ramai saudara-mara datang ke rumah,” katanya.

    Almy juga tidak kisah dengan segelintir pihak yang mengkritiknya berikutan tubuhnya makin berisi.

    Saya menyusukan Ariana, jadi saya tidak boleh mengamalkan diet yang ketat. Pernah juga cuba berdiet, tetapi Ariana enggan menyusu kerana mungkin rasa susu itu kurang sedap.

    Demi anak, biarlah saya tangguhkan dulu usaha untuk menguruskan badan untuk kembali ke berat asal iaitu 56 kilogram. Ramadan lalu saya hanya makan nasi ketika sahur saja.

    Tawaran berlakon masih ada, namun selepas tubuh susut baru saya bersedia untuk muncul di skrin TV. Buat masa ini biarlah saya tumpukan pada Ariana.

    “Waktu kelapangan ada juga saya berniaga sengkuang celup kerana saya tidak betah duduk diam, tambahan saya sudah biasa pegang duit sendiri. Apabila Fizz kerja seorang ini, kenalah dia bekerja keras untuk kami sekeluarga” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan