• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    FARHAN MASIH TERUS MENCUBA..


    Sejak berkahwin pada 10 Oktober tahun lalu, penyanyi Farhan Azizan, 31, dan suami Ahmad Rashadan Suhaimi, 31, mula dihujani pertanyaan bila dia akan mengandung.


    Walaupun perkara itu tidak mengganggu kehidupan mereka, tetapi apabila ramai mula bertanya sedikit-sebanyak ia turut mendatangkan tekanan.

    “Tipulah kalau kahwin tak mahu anak. Kami tak pernah merancang sebab memang mahukan anak cepat. Tapi, nampaknya belum ada rezeki.

    “Lagipun usia perkahwinan kami belum masuk setahun, jadi tak perlu dibimbangkan ­sangat,” katanya.

    Bagaimanapun, menurut Farhan dia tetap mendapatkan nasihat doktor dan hasil pemeriksaan mendapati mereka tiada bermasalah.

    Katanya, semua itu dilakukan kerana dia berkahwin pada usia agak lewat iaitu 30 tahun dan hormon itu lain.

    Menurut Farhan, lambat atau cepat mereka tetap berusaha dan sentiasa berfikiran positif.

    “Jika dalam masa lima ke enam tahun ini tidak ada rezeki lagi, mungkin kami akan mengambil anak angkat. Saya pernah beritahu suami hal ini,

    tapi dia cakap nanti dulu dan banyak cara lain boleh dibuat,” katanya.

    Dalam pada orang sibuk bertanyakan hal anak kepadanya, penyanyi lagu Kelmarin yang inginkan lima orang anak ini berkongsi hari-hari yang dilalui sebagai isteri.

    “Buat masa sekarang semuanya baik-baik saja dan tidak ada yang sukar. Cuma bezanya dulu tinggal bersama keluarga, kini berdua dengan suami. Paling penting, selepas berkahwin suami menjadi keutamaan.

    “Ada ketikanya kekok juga sebab setiap hari perlu meminta izin suami, tapi akhirnya ia menjadi kebiasaan. Ramai yang cakap, lelaki kalau sudah berkahwin akan mengong­kong isteri. Hal itu membuatkan saya takut. Alhamdulillah, suami masih menyokong kerjaya saya,” katanya.

    Masih menyanyi

    Walaupun jarang membuat penampilan di kaca TV, itu tidak bermakna Farhan sudah bersara daripada nyanyian.

    Boleh dikatakan setiap minggu dia menjayakan persembahan tertutup terutama di majlis korporat.

    “Saya tak pernah rasa terpinggir, tapi bimbang apabila ada yang menganggap saya hanya menerima undangan menyanyi jika membabitkan acara korporat dan istana.

    “Sebab itu ramai takut nak panggil saya. Ingin dijelaskan, saya tak kisah menyanyi di mana-mana acara. Kalau tak panggil, memanglah tidak ada.

    “Apa pun, semua itu saya anggap rezeki. Kini, saya sedang dalam perancangan nak terbitkan single baru. Lagunya sudah ada ciptaan Azlan & The Typewriter. Saya akan merakamkannya dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan