• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    PENYANYI RAP TERKENAL AMAN RA SAH BERCERAI DENGAN ISTERI


    Isteri kepada penyanyi rap Aman Ra, Natiqah Rahmat akhirnya membuat pendedahan mereka sudah sah bercerai. 


    Menerusi satu perkongsian, Natiqah berkata, lafaz cerai secara taklik yang dibuat pada 29 Mac 2020 akhirnya disahkan mahkamah pada 5 Ogos lalu.


    Menurut Natiqah, pendedahan yang dibuat bukan untuk memperbesarkan episod lalu, sebaliknya sekadar menutup perkara yang sudah dibuka sebelum ini.


    "Seperti yang dimaklumkan status perkahwinan saya dan bapa kepada anak-anak saya sudah sah bercerai. Bukan hendak membesarkan, cuma meletakkan noktah kepada cerita yang tersebar sebelum ini.


    "Saya belajar untuk bersuara dan berhadapan dengan pelbagai emosi, kerana saya bukan orang yang saya kenali selama ini. Biarlah siapa salah siapa betul itu menjadi sejarah kerana saya menyerahkan sepenuhnya kepada Allah SWT.


    "Betul banyak impak apabila rumahtangga itu hancur namun ini bukan pengakhiran kehidupan. Masih banyak yang perlu dilalui dan ditempuhi. Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan saya kekuatan, sokongan dan doa. 


    "Saya juga ingin memohon maaf kepada pihak media kerana belum bersedia memberi kenyataan ketika itu. Dari lubuk hati saya ingin memohon maaf kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung," katanya.


    Terdahulu, pada Februari lalu Natiqah menerusi beberapa hantaran dalam Instagram Story mendakwa rumah tangga mereka mula berantakan selepas kecurangan terbongkar.


    Malah, dia juga mendakwa sudah menghalau penyanyi Budak Flat itu dari rumah kerana tidak tahan dengan penipuan selama ini.


    Namun wanita itu tidak mendedahkan status rumah tangga mereka walaupun mendakwa Aman Ra atau nama sebenarnya Aman Jamaluddin, 34, telah melafaz cerai sebanyak empat kali.


    Menurut Natiqah, dia dan Aman Ra akan mengenepikan ego masing-masing supaya penceraian mereka tidak memberi kesan kepada anak-anak.


    Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini,  fokusnya kini adalah untuk memastikan anak-anak membesar dengan baik.


    "Apa yang berlaku banyak memberi saya pengajaran daripada aspek sebagai seorang ibu, anak, ahli keluarga dan wanita. Oleh itu, saya ingin memandang ke hadapan dan tidak mahu lagi menoleh ke belakang. 


    "Kepada semua wanita, jangan berhenti. Teruskan perjuangan anda kerana ini adalah perjalanan dan bukan destinasi. Ada kehidupan yang lebih baik dihadapan yang menanti," katanya.


    Hasil perkahwinan Natiqah dan Aman Ra mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ratu Raiqa, 3 dan Tuah Khalifa yang kini berusia 2 tahun.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan