• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    ISU LAGU `RAYA SOTONG` ALIFF SYUKRI DIPANGGIL SKMM


    Aliff Syukri tiba di perkarangan SKMM pada jam 9.58 pagi dengan berpakaian kot kelabu serta seluar panjang berwarna hitam dengan diiringi dua individu.


    "Maaf ya, saya kena masuk ke dalam," katanya kepada pemberita yang menunggu seawal jam 9 pagi.


    Kehadiran individu kontroversi itu bagi memberikan keterangan berhubung klip video muzik sempena Aidilfiti yang dikaitkan dengan unsur bertentangan dengan norma dan budaya tempatan.


    Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, semalam dilaporkan berkata satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung video berkenaan.


    Beliau berkata, individu yang dikenal pasti telah diberi notis dan diminta untuk hadir di ibu pejabat MCMC di Cyberjaya hari ini.


    Penayangan video berkenaan melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata yang tidak sesuai untuk tontonan ramai lebih-lebih ketika di bulan Ramadan.



    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan