• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    ZOEY TERKILAN..


    Zoey atau Mohd Hairey Azhar Abd Rahman memberitahu perasaan tidak yakin itu sudah timbul sejak awal lagi sebelum proses penggambaran bermula.

    “Niat saya terima tawaran berlakon filem itu kerana mahu timba ilmu dengan pengarah lama yang banyak pengalaman seperti Z Lokman.

    “Malah, saya juga tertarik dengan jalan cerita yang diterangkan oleh pengurus produksi dan meminta diberikan skrip penuh.

    “Ini kerana, saya mahu lebih dulu mengkaji karakter akan dilakonkan, namun sayangnya skrip filem hanya diperoleh ketika hari pertama penggambaran,” katanya.

    Menurut Zoey, bukan sekadar skrip diterima di lokasi penggambaran tetapi kontrak juga tidak disediakan kepada barisan pelakon.

    “Saya menyiapkan juga filem ini kerana rasa tanggungjawab walaupun tidak ada kontrak termasuk persediaan terperinci.

    “Terus-terang, terlalu banyak kekurangannya kalau nak diceritakan. Apa pun, saya mohon maaf kepada pengarah dan sesiapa yang tersinggung.

    “Saya bukan tak mahu mempromosikan filem Awang Gerudi ini tetapi memang tidak yakin dengan hasilnya ditambah selepas menonton trailer di YouTube,” katanya.

    Menurut Zoey, apa yang pasti sebab dia membatalkan sesi fotografi itu kerana memang terikat dengan jadual penggambaran program untuk Hypp TV.

    Terdahulu, pada Ahad lalu Zoey bersama rakan pelakonnya, Ika Nabella tiba-tiba saja membatalkan sesi fotografi pada saat akhir.

    Zoey memberi alasan dia terikat dengan jadual penggambaran. Malah, pengarah filem itu, Z Lokman juga sudah memberi kenyataan beliau.

    Z Lokman, 73, memberitahu dia tidak berkecil hati jika pelakon filem terbaru arahannya, Awang Gerudi tidak mahu bekerjasama untuk mempromosikan karya itu.

    Ujarnya, beliau sudah pernah melalui pengalaman sama untuk beberapa filem arahannya sebelum ini dek kerana tindakan pelakon yang kurang yakin.

    Z Lokman berkata, jika mereka ada jiwa filem, mereka akan mempromosikan filem lakonan mereka walau apa pun hasilnya.

    “Kalau tak yakin, kenapa nak berlakon bawah arahan saya, boleh saja mereka tolak. Saya tidak kecewa atau berkecil hati sebab pernah lalui sebelum ini kecualilah ini pertama kali berlaku.

    “Ketika mengarah filem No Problem pada 2001, pelakon utama Maya Karin juga bersikap sama tapi saya tidak kisah," katanya sudah reda dengan sikap pelakon sedemikian.

    Selain Zoey dan Ika Nabella, filem Awang Gerudi yang akan ditayangkan di pawagam pada 27 Disember ini, turut dibintangi barisan pelakon seperti Aprena Manrose, Abon, Mustapha Kamal dan Zarina Zainuddin.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan