• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    BONUS BUAT PELAKON FILEM PASKAL??


    Baru-baru ini, produksi filem PASKAL mengumumkan jumlah kutipan sebanyak RM30.5 juta sepanjang dua bulan tayangan sejak 27 September lalu.

    Sudah pastinya, barisan pelakon filem arahan Adrian Teh itu mengharapkan bonus sebagai penghargaan kepada sumbangan mereka dalam karya mengetengahkan perjuangan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

    Bagaimanapun, Adrian menjelaskan produksi Asia Tropical Films belum memutuskan mengenai pemberian bonus barisan pelakon.

    Pelakon utamanya, Hairul Azreen ketika ditemui pada Malam Penghargaan Paskal berkata, dia tidak kisah sekiranya tiada bonus diberikan.

    “Bagi saya, bonus adalah hadiah, kalau ada rezeki. Sebenarnya, ini kali pertama filem dibintangi memperoleh kutipan tinggi dan saya bersyukur,” katanya.

    Walaupun belum ada sebarang pengumuman mengenai Paskal 2, pelakon berusia 30 tahun itu meluahkan kesyukuran apabila permintaan tinggi untuk menghasilkan filem kedua.

    “Memang ada ura-ura mengatakan ada filem kedua Paskal, namun produksi belum memberi sebarang kata putus mengenainya.

    “Niat saya berlakon dalam filem ini adalah untuk mendorong anak muda menyertai tentera,” katanya.

    Selain Hairul, Paskal turut dibintangi Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G, Amerul Afendi dan Jasmine Suraya Chin.

    Tempias alahan isteri mengandung

    Dalam perkembangan lain, Hairul berkata isterinya, Hanis Zalikha yang kini hamil empat bulan dijangka bersalin pada pertengahan tahun hadapan.

    “Alhamdulillah, bayi dalam keadaan sihat dan isteri masih mengalami alahan. Dia dijangka bersalin sekitar Mei atau Jun depan.

    “Buat masa ini, kami belum tahu sama ada anak kedua ini lelaki atau perempuan,” katanya.

    Menurut Hairul, di awal kehamilan Hanis, dia turut mengalami alahan seperti badan berasa penat dan loya.

    “Kadang-kadang saya rasa penat. Baru-baru ini pula saya suka menonton program memasak dan rasa teringin buat kek.

    “Saya mengalami situasi itu selama sebulan. Sewaktu isteri mengandung anak sulung, saya tidak melalui pengalaman seperti ini,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan