• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    ROSYAM NOR KESAL TINDAKAN MEMBOIKOT ST ROSYAM MART


    KEMPEN dilakukan netizen untuk memboikot pasar raya baru dibuka oleh Datuk Rosyam Nor nyata gagal apabila ia viral dan mendapat sambutan baik pengunjung, Jumaat lalu.

    Pelakon memegang watak Misbun Sidek dalam filem Lee Chong Wei: Rise Of The Legend itu bagaimanapun mempersoalkan tindakan pihak cuba mewujudkan isu boikot itu.

    “Saya tidak tahu mengapa ada masih suka berdengki walaupun di bulan Ramadan. Maaf cakap, saya bukan mahu mengajar tetapi orang mewujudkan isu boikot adalah mereka tidak percaya pada qada dan qadar Allah.

    “Siapa mereka hendak menghalang rezeki Allah mahu berikan. Netizen tidak bertanggungjawab terbabit turut membangkitkan isu saya pernah menghentam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedangkan saya tidak pernah melakukan perkara seperti didakwa itu.

    Kata Rosyam, dia tidak pernah memberikan komen di laman sosial.

    Lebih menghairankan masyarakat berbangsa Melayu mudah percaya dengan pembohongan dilakukan di internet.

    “Saya bersyukur dengan tohmahan serta fitnah dihamburkan malah rezeki dan pahala semakin bertambah. Cuma saya sedih orang membuat tohmahan dan fitnah itu saudara saya sesama Islam. Nasihat saya, jangan buat wakaf dosa dan ajak orang lain melakukan perkara sama,” katanya.

    Rosyam menggesa agar masyarakat Melayu bersikap bijak memikirkan masa depan dan jangan terlalu mengikut hati hanya kerana fahaman politik.

    “Sebagai artis sebenarnya kita ikut dan akur siapa memerintah. Jangan disebabkan pegangan politik memecah-belahkan kita sesama Islam,” katanya.

    Menceritakan ST Rosyam Mart Sdn Bhd mula beroperasi Jumaat lalu: “Walaupun hanya pelancaran tidak rasmi dan menguji sistem barang keluar masuk namun sambutan hangat diterima membuatkan dia terharu.

    “Alhamdulillah, ramai sangat. Malah ada peminat sanggup datang dari jauh untuk merasai sendiri membeli barang di pasar raya itu. Mereka suka dengan konsep pasar raya seperti Jaya Grocer atau Bens tetapi harga di ST Rosyam Mart jauh lebih murah terutamanya barangan basah yang segar, katanya.

    Rosyam turut memohon maaf kepada pengunjung kerana kesulitan berlaku akibat terlalu ramai membanjiri pasar raya itu.

    Beliau berkata, segala komen diberi akan diguna pakai untuk memperbaiki perkhidmatan di masa depan.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan