• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    RAMADAN TAHUN NI LEBIH TENANG BUAT HAFIZ HAMIDUN


    Hafiz Hamidun, 34, menjalani Ramadan tahun ini dengan lebih tenang di samping keluarga dan memberi perhatian kepada dirinya sendiri.

    “Saya tak rasa ralat dengan apa berlaku tahun lalu. Walaupun tidak berkesempatan menyambut Ramadan seperti suami-suami lain pada tahun lalu, saya tahu banyak hikmahnya.

    “Setiap tahun, usia semakin meningkat dan matlamat saya sekarang adalah untuk membahagiakan ibu bapa dan diri saya sendiri,” katanya.

    Pada Ramadan tahun lalu, dia berdepan pelbagai kontroversi dan pembongkaran yang membawa kepada penceraian.

    “Saya tak salahkan sesiapa sama ada bekas isteri atau orang-orang di seklilingnya, mahu pun netizen atas apa yang berlaku.

    “Pada saya, itu lumrah dalam kehidupan dan setiap manusia ada masa naik dan turunnya. Yang pasti, Ramadan kali ini saya rasa lebih tenang dan bahagia,” katanya.

    Ditanya sama ada, ada wanita yang mendekatinya atau dia sendiri mula mencari jodoh baru, Hafiz tidak menafikannya.

    “Saya pun manusia biasa. Ada masanya, saya baca juga pelbagai mesej dihantar di media sosial. Memang ada wanita yang menghantar mesej.

    “Saya pun tidaklah menutup hati saya atau apa. Cumanya, kalau jodoh itu ada, mungkin bukan dalam masa terdekat.

    “Proses penceraian saya pun selesai pada November tahun lalu dan kalau dikira, baru beberapa bulan ia berlalu,” katanya.

    Sepanjang Ramadan, Hafiz juga sibuk dengan kerja-kerja di studio di samping menyertai majlis-majlis amal.

    Terbaru, dia terbabit dalam majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Rumah Limpahan Kasih di KLIA, Sepang, semalam.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan