• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    BACK UP SYED SADDIQ? INI JAWAPAN SHARIFAH AMANI


    Pelakon Sharifah Amani menegur status Dira Abu Zahar yang menyifatkan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai 'YB Budak-budak'.

    Menurut Amani, sebagai rakan dia berbangga dengan Dira yang mempunyai semangat dan keazaman yang tinggi untuk memperjuangkan politik namun tidak faham mengapa sahabatnya itu mahu mencetuskan kekecohan di media sosial.

    “Yelah kau kawan aku. Aku bangga bila kau berazam nak jadi pembangkang yang hebat. ‘Make your family proud. Protect and fight for the rights of women and arts practitioners’ tapi part hang duk picit-picit phone cari pasal tu aku tak faham lah. Orang tu nak tengok bola pun tak senang,” tulisnya menerusi laman Twitter.

    Tambah Amani lagi, dia tidak mahu Dira menyamakan dirinya dengan orang lain kerana kerana perkara itu tidak akan memberikan sebarang kebaikan.

    “Kau sama kan diri kau dengan orang lain? Kalau macam tu ‘argument’ kita sampai kiamat tak ‘settle. Kau ada ‘bigger things to focus on’ lah. Jangan ‘compare’ diri dengan orang yang kau tak suka pun. Kau nak jadi macam dorang ke? ‘You’re better than that’. Kamon,” tulisnya.

    Dalam pada itu, rata-rata pengikut Twitternya memberikan pujian kepada Amani kerana berani menegur sikap rakannya.

    Terdahulu, Amani mengulas status Dira yang mempersoalkan kenyataan YB Syed Saddiq yang meminta penjaga gol Liverpool disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas pasukan itu kalah menentang Real Madrid di Liga Juara-Juara Eropah pagi Ahad.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan