• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    RM300 TIADA KAITAN DENGAN SAYA


    PENYANYI popular Datin Alyah menafikan dia adalah penyanyi yang ditawar dengan bayaran sebanyak RM300 bagi menjayakan program malam raya dengan sebuah stesen TV.

    Menurut Alyah, dia enggan masuk campur status yang dimuatnaik suaminya Datuk Ramli MS di laman Facebook sehingga namanya dikaitkan dalam masalah itu.

    "Banyak yang bertanyakan perkara ini kepada saya. Kalau bukan rakan yang beritahu, memang saya tak ambil tahu pun. Ingin dijelaskan individu yang dimaksudkan itu bukan saya.

    "Bukan apa, selama ini saya dan suami menguruskan kerjaya masing-masing. Jadi apabila status itu tular di Internet, saya tak pasti siapa yang dimaksudkan. Saya pun tak bertanya kepada suami," katanya.

    Bagaimanapun, Alyah berkata, dia pernah menerima bayaran lebih rendah daripada itu ketika awal kemunculannya sebagai penyanyi.

    Pada masa sama, Alyah tidak menafikan sekarang masih terdapat segelintir rakan artis yang ditawarkan harga sebegitu daripada stesen TV.

    "Bagi saya. perkara ini bukan sesuatu yang baru. Jadi apabila ia terjadi lagi, ia tidak mengejutkan. Ternyata dari dulu sampai sekarang sama saja.

    "Sepatutnya pihak stesen TV perlu mengambil kira keadaan semasa sebelum menawarkan harga kepada artis," katanya.

    Terdahulu, status yang ditulis pengarah muzik Ramli MS tular apabila dia menyatakan terdapat stesen TV yang menawarkan RM300 kepada penyanyi bagi menjayakan program malam raya.

    Menerusi status sama, Ramli mempersoalkan bayaran itu tidak berbaloi pada zaman sekarang dan membandingkannya dengan tahun 1972.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan